Abdul Azeez, ahli Parlimen Baling Direman!! – EscaBytes
Connect with us

Politik

Abdul Azeez, ahli Parlimen Baling Direman!!

Published

on

Abdul Azeez
Share the News!

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,  yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH) direman selama empat hari bagi kes rasuah membabitkan kontrak TH. Turut direman bersama abang dan sepupunya bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ). Shah Wira membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan perintah reman terhadap ketiga-tiga individu itu bermula hari ini sehingga 29 September ini.




Menurut laporan, perintah penahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Sebelum ini, Abdul Azeez, abang dan sepupu beliau yang juga pengarah syarikat, tiba di mahkamah dengan dibawa menaiki kereta Proton Preve warna perak SPRM pada jam 10.30 pagi. Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke Aras 2 dengan ditemani keluarga dan sekumpulan penyokong yang melaungkan ‘Hidup BN’.

Ketiga-tiga mereka diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Datuk S Devanandan. Azeez, 52, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan jam 11.15 pagi semalam selepas hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes menerima rasuah, di ibu pejabat SPRM.

Abangnya, yang juga pengurus besar sebuah syarikat, ditahan di Sungai Buloh, 15 minit selepas itu.




 

Najib Razak – “Jangan marah peminjam PTPTN”. Berita penuh disini.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply