Adib Semakin Stabil, Dipindahkan Ke IJN Semalam – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Adib Semakin Stabil, Dipindahkan Ke IJN Semalam

Published

on

Adib

Mangsa rusuhan kuil yang juga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim semalam dilaporkan berada dalam kedaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Tunangnya ketika ditemui pada petang Selasa memberitahu lelaki itu semakin stabil namun tekanan darah masih rendah.

Terbaru, anggota bomba itu dilaporkan sudah dipindahkan ke Institut Jantung Negara, malam semalam.




adib

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN kira-kira jam 12.35 tengah malam tadi menggunakan ambulans khas Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Keputusan itu dibuat kerana IJN mempunyai kelengkapan lebih sesuai bagi rawatan tambahannya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, tindakan itu diambil atas nasihat doktor dan persetujuan ibu bapa Muhammad Adib.

Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya.

Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya.

Masih tidak sedarkan diri kerana diberi pelali

adib

Anggota bomba yang dipukul ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman

Tambah Zuraida yang ditemui media selepas melawat mangsa berkata, keadaan Muhammad Adib dilaporkan semakin stabil berbanding tengah hari semalam selepas lebih setengah hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Tekanan darahnya juga semakin baik dan dia tidak sedarkan diri kerana diberikan sedatif.

Mangsa dipercayai diheret dari dalam jentera ketika sampai di tempat kejadian kekecohan Kuil Sri Mahariamman pada Selasa. Dia mengalami kecederaan parah patah rusuk dan pendarahan dalaman dalam kejadian itu.




Sumber: Sinar Harian

Berita berkaitan: Isu Kuil – Anggota Bomba PARAH Dipukul, Kini Di ICU

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.