Aeril Zafrel - "ITU BUKAN SAYA", Nafi Gambar Bogel – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Aeril Zafrel – “ITU BUKAN SAYA”, Nafi Gambar Bogel

Published

on

Aeril-Zafrel-Nafi-Gambar

Baru-baru ini, dunia artis tanahair digempar apabila sebuah gambar lucah yang memaparkan individu mirip pelakon Aeril Zafrel yang menjadi viral di laman sosial sejak semalam dan turut dikongsi di aplikasi lucah.

Sebelum ini juga, beberapa artis lain turut dikaitkan dengan perkara sedemikian seperti Syafiq Kyle dan anak lelaki Che Ta. Aeril menafikan sekeras-kerasnya mengenai foto bogel yang dikatakan miripnya melalui akaun Instragramnya.




Aeril Zafrel

“Demi Allah, gambar itu bukan saya. Sudah terang lagi bersuluh, banyak perbezaan antara saya dengan individu dalam gambar berkenaan,” tegas pelakon Aeril Zafrel mengenai gambar bogel tersebar yang didakwa miliknya.

“Saya masih waras untuk buat perkara sebegini. Lagi pula untuk apa? Banyak lagi benda lain saya boleh buat. Kalau sekali pandang, individu dalam gambar berkenaan memang mirip saya. Tetapi, hakikatnya dia bukan saya”, kata Aeril.

‘SUNAT PUN TAK LAGI’

Aeril-Zafrel-Nafi-Gambar

Dalam masa yang sama, Aeril telah berkongsi gambar tersebut menerusi akaun Instagramnya tanpa mengaburkan bahagian alat sulit. Menurut Aeril, dia terpaksa berbuat demikian untuk membuktikan bahawa individu itu tidak bersunat atau berkhatan.

“Ini gambar penuh yang diberikan seorang wartawan kepada saya dan dikatakan tular dari semalam. Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini.

ENGGAN MELATAH

Pelakon tersebut juga memberitahu bahawa dia tidak mahu melatah kerana bukan dirinya yang melakukan perkara sedemikian. Dia tidak berasa takut dan menganggap ini ‘permainan’ dunia siber masa kini.




“Dalam masa sama, saya kasihan dengan individu terbabit. Apa yang tersebar membabitkan aib dirinya. Harap orang lain tidak tambah dosa lagi dengan menyebarkan benda fitnah ini,” jelas Aeril.

Pelakon tersebut kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis mengenai fitnah yang tersebar ini.

Tidak pelik bila gambar artis popular ini disunting dijadikan bahan lucah. Semuanya bertujuan untuk melihat mereka ini dikecam dan jatuh tersungkur dalam karier. Sebagai manusia yang waras dan mempunyai akal fikiran, kita seharusnya boleh membezakan sesuatu hal yang palsu atau benar.

Kepada si pelaku yang menyebarkan fitnah ini, harap cepat-cepat la bertaubat dan pergi minta maaf pada Aeril selagi bernyawa. Tabahlah bro Aeril~




Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Hannah Delisha Berkemban??? Berita penuh disini

 

Hiburan

Ed Sheeran Datang Malaysia Lagi!

Published

on

By

Menurut sumber, Ed Sheeran akan datang ke Malaysia sekali lagi konsert solonya 2019, ia akan menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Peminat-peminat beliau di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut.

Ed Sheeran yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Axiata Arena di Bukit Jalil pada 2017. Untuk 13 April 2019 ini, beliau akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti penonton yang lebih besar.




Persembahan di Kuala Lumpur ini adalah antara siri jelajah Ed Sheeran untuk Asia 2019. Beliau juga bakal beraksi di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Sama seperti yang sebelumnya, konsert yang akan datang ini adalah sebahagian daripada Divide Tour. Tiket untuk konsert ini di Kuala Lumpur akan dijual pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 15 Januari 2019 melalui prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Lihat juga: Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: Star




Continue Reading

Hiburan

Che Ta & Zain Sambut Ulang Tahun Ke 5 Perkahwinan

Published

on

Che Ta

Pasangan sejoli Che Ta atau Rozita Che Wan dan Zain Saidin sama seperti perumpamaan bagai pinang dibelah dua. Pasangan secocok ini diijabkabulkan pada Disember tahun 2013. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Aisyah.

Sempena genap ulangtahun perkahwinan kelima hari ini, ini ucapan sweet Che Ta buat suami tercinta. Paling tak sangka, ketika Che Ta dinobatkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, suami baru darjah 2!




Ulang tahun perkahwinan ke 5

Jadi Miss Malaysia 1992, Zain baru darjah 2

 

Jodoh Ketentuan Allah

 

Semoga pasangan ini sentiasa diberi kebahagiaan dan kejayaan dalam segala apa jua bidang yang diceburi. Tahniah Che Ta dan Zain!!

Sumber : Instagram Rozita Che Wan

 

Lihat juga berita mengenai Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Continue Reading

Hiburan

Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Published

on

Hannah Delisha

Bintang baru ini sedang menempa nama dalam industri seni tanah air. Hannah Delisha, 22 tahun selain memiliki wajah yang comel, gadis berasal dari Singapura ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan yang sangat mantap.

Hannah Delisha

Namanya mula dikenali ramai selepas kemunculan di dalam drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer. Drama itu menyaksikan Hannah bergandingan dengan pelakon sensasi lelaki, Syafiq Kyle yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat.




Ok lah. Tak nak bebel banyak sangat. Jom kita berkenalan dengan pelakon comel molek bernama Hannah Delisha ini.

Hannah Delisha 1

Biodata:
Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Artis: Hannah Delisha
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Warganegara: Singapura
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya:
Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk

Hannah Delisha

Single Lagu:
Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Drama: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang

Twitter: twitter.com/hannahdelisha
Facebook: facebook.com/delishafanpage
Instagram: @hannahdelisha




Kerjaya:

Hannah Delisha

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”. “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2017, Hannah kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

 

Hannah Delisha

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.




Untuk pengetahuan anda, ibunya merupakan penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Hannah Delisha

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14. Ia merupakan satu kejayaan bermakna buatnya apabila menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Bahkan, ia memang tidak disangka-sangkakan Hannah kerana dia hanya berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih sahaja.  Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.




Apa-apa pun, min ucapkan semoga berjaya kepada Hannah dalam setiap apa yang diceburi. Semoga teruskan memberi persembahan yang baik dalam setiap lakonan demi peminat-peminat Hannah. Kalau jumpa min roger-roger…

Nah min belanja sikit suara Hannah mempromosikan single terbarunya, Tak Perlu Kata Apa-Apa…

Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa”. Lihat artikel penuh disini.

Sumber: Instagram

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes