Ahmad Ziqri : Pemuda Autisme Kena Tangkap (Kronologi) – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Ahmad Ziqri : Pemuda Autisme Kena Tangkap (Kronologi)

Published

on

Seorang pemuda yang mempunyai masalah Autisme telah ditahan dan ditangkap oleh Polis di hari lahirnya. Ia bagi membantu siasatan kes cabul.

Ahmad Ziqri yang berumur 22 tahun itu dikatakan telah mencabul seorang gadis.. Kejadian yang berlaku di Subang Jaya ini, dilaporkan selepas Ahmad Ziqri berlari keluar dari Restoren Logenhaus ke kedai-kedai lain yang berhampiran. Insiden tidak diingini berlaku kerana Ahmad Ziqri memegang dada gadis berusia 24 tahun. Kes ini dipanjangkan oleh keluarga gadis tersebut dan membuat laporan polis pada 11 September 2018.




Berikut adalah pos Facebook (dan juga alihbahasa) ibu Ahmad Ziqri, Datin Hasnah Abdul Rahman.

Post Facebook Hasnah Abd Rahman

Ia sepatutnya menjadi perayaan ulang tahun yang indah untuk anak saya dengan autisme, Ahmad Ziqri.

Seperti biasa, apabila dia pergi ke tempat kegemarannya, Logenhaus untuk makan malam, dia berlari dan melawat beberapa kedai di sekelilingnya. Kali ini tidak juga sama tiada bezanya.

Saya tidak menyedari bahawa dia menyentuh dada seorang gadis dewasa dan dia kelihatan trauma dan ibu bapanya membuat laporan polis terhadap (Ziqri), walaupun semua penjelasan diberikan mengenai keadaannya. Bapa gadis tersebut menjerit kepada saya dan mengatakan saya cuai dan enggan mendengar alasan.

Mungkin saya (bersalah), mungkin (juga) dia betul. Saya akan lebih membenci diri saya sendiri esok kerana menjadi ibu yang tidak baik. Tetapi pada hari ini pada jam 3.30 pagi pada hari lahir Ziqri, saya perlu menyiapkan kertas kerja dan mencari seorang peguam pada menjelang pagi ini (dalam masa beberapa jam), saya perlu pergi ke balai polis USJ kerana mereka membuatkan Ziqri bermalam di sana.

Ya seorang pemuda dengan autisme menghabiskan masa semalaman di lokap. Pada hari lahirnya pula. Saya tidak boleh memikirkan apa yang sedang berlaku di kepala anak saya kerana dia mempunyai kemampuan mental berusia 13 tahun.

Ironinya, dia memakai t-shirt Redha malam ini, tajuk filem oleh Tunku Mona Riza mengenai autisme. Ya, salah satu ironi kehidupan. Saya berdoa dia akan lebih baik dan Allah akan memberi kekuatan keluarga kami untuk menjalani pengalaman ini.

Terima kasih kepada mereka yang bersama saya malam ini. Aspa Shazali, Anne Subashini, Rishika Lazarus, Dave KingsmanAvran, Muralitharan Ramachandran.

#anaksyurgaku

 


Pada tarikh 12 September 2012, mahkamah telah membenarkan Ahmad Ziqri diikat jamin selepas menolak permohonan tahanan reman 4 hari oleh polis. Peguam yang membantu didalam kes ini adalah Gerard Lazarus, Gabe dan Manisha. Tahniah kepada para peguam ini yang sangat-sangat membantu meringankan beban keluarga Ahmad Ziqri.


Selepas tular dan viral dimedia sosial, ramai netizen mengecam penahanan terhadap Ahmad Ziqri tersebut.  Netizen juga mengecam ibu bapa gadis tersebut kerana memperbesarkan isu dan membuat laporan polis. Walaupun mengetahui keadaan sebenar Ahmad Ziqri yang mempunyai masalah Autisme sudah dijelaskan, mereka masih berkeras juga.

Polis Diraja Malaysia mempertahankan tindakan pihak berkuasa itu. Penahanan pemuda autisme ini adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Tangkapan itu bertujuan untuk proses siasatan serta memberi keadilan kepada kedua-dua pihak” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.




Sebelum Insiden

ziqri kosmo Ramai yang tidak tahu, sebelum ini Ahmad Ziqri pernah muncul didalam akhbar Kosmo pada 12 Mac 2010. Semasa itu, dia hanya berumur 14 tahun. Kisah kehidupannya dikupas satu persatu oleh Kosmo. Pendedahan mengenai Autisme ini boleh dikatakan sudah lama didedahkan kepada umum. Boleh rujuk pautan disini.

 

Ziqri Hilang MRTAhmad Ziqri juga pernah viral semasa dia berumur 20 tahun. Kejadian dilaporkan oleh MStar dan berlaku pada 20 Disember 2016. Ini ekoran berita kehilangannya di stesen MRT. Dia terpisah dengan keluarganya kerana menaiki sendiri salah satu gerabak. Pusat Operasi MRT mengkaji rakaman litar tertutup (CCTV) dan berjaya mengesan Ahmad Ziqri di stesen MRT Taman Tun Dr Ismail. Boleh rujuk pautan disini.

 

Ziqri Malaysia Gazzette  Ziqri Malaysia Gazzette
Portal Berita Malaysia Gazette juga pernah membuat liputan mengenai anak Datin Hasnah iaitu Ahmad Ziqri yang menghidap Autisme dan Aidil Rahman menghidap Asperger. Artikel tersebut dibuat kira-kira 4 bulan yang lepas iaitu pada 1 Mei 2018. Datin Hasnah begitu tabah dan perlu menghadapi rintangan hidup yang berat. Namun pasrah dan redha dengan aturan yang sudah disusun olehNya. Klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas.

Nota Admin: Semoga keluarga Ahmad Ziqri tabah menghadapi cabaran hidup ini dan tidak putus asa berdepan dengan masalah. Diharapkan pihak berkuasa dapat mengadili kes ini dengan lebih telus dan terperinci serta memihak kepada Ahmad Ziqri.




Kemaskini: Hannah Yeoh gesa netizen berhenti kecam wanita dicabul pemuda autisme, Ahmad Ziqri

Lihat juga Lakonan Hannah Delisha – “Babak Berkemban Bukan Satu Umpan”

Sumber:
Facebook Datin Hasnah Abdul Rahman
Berita Harian
Kosmo
MStar
Malaysia Gazette
TV3

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Politik

Pakatan Harapan Sudah Lemah! – Pakar

Published

on

By

“PAKATAN Harapan (PH) kini sudah lemah berikutan perselisihan sesama mereka kerana sudah tiada musuh bersama iaitu Barisan Nasional (BN),” kata firma penyelidikan, Fitch Solutions Macro Research (Fitch Solution).

Diramalkan populariti Pakatan Harapan yang dianggotai oleh empat parti iaitu DAP, BERSATU, PKR dan AMANAH akan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia berikutan dasar-dasar yang tidak disenangi rakyat diamalkan dan perbalahan dalam gabungan itu sendiri.




Selepas BN digulingkan oleh Pakatan Harapan, hubungan sesama parti komponen menjadi semakin lemah berikutan tiada lagi seteru bersama untuk mengalihkan perhatian perselisihan sesama mereka.

Harus diingatkan juga, akhir-akhir ini Dato Seri Najib Razak sering membuat troll melalui laman Facebook miliknya. Pakatan Harapan dilihat tidak mengendahkan posting yang secara sinis menghentam mereka. Juga hampir tiada kenyataan defensif yang dikeluarkan.

“Pandangan Fitch Solution bahawa PH mengalami risiko penurunan dalam popularitinya kerana tiga sebab iaitu pengundi semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, gabungan pakatan itu berulang kali menunjukkan perpecahan dalam kalangan mereka dan ketiga adalah kekecewaan para pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan membawa Malaysia Baharu dengan kesaksamaan kaum yang lebih tinggi,” kata firma itu dalam kenyataan hari ini.




Sementara itu, dalam nota penyelidikannya, Fitch Solutions berkata, parti-parti komponen khususnya DAP berasakan perlunya memangku jawatan yang lebih tinggi untuk mempertahankan sokongan minoriti.

Katanya lagi, perkara berkenaan hanya akan menjurus kepada perpecahan dalam kerajaan sebelum jangka hayatnya pada tahun 2023.

Firma itu menegaskan, masalah menjadi lebih buruk apabila sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan untuk melaksanakan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

“Dengan politik perkauman dan agama semakin rancak, rakyat Malaysia juga kehilangan keyakinan terhadap janji-janji untuk membawa negara ke arah Malaysia Baharu dengan kesamaan yang lebih besar,” katanya.




Dalam pada itu Fitch Solution mengekalkan Skor Risiko Politik Jangka Pendek Malaysia kepada 72.5 peratus dengan proses membuat dasar dan polisi berterusan sebagai subkomponen paling lemah, masing-masing sebanyak 68.3 dan 67.5.

Katanya, ketika PH mengambil alih kerajaan pada Mei lalu, rakyat Malaysia tidak kisah untuk menerima apa juga alasan kerajaan apabila tidak mampu merealisasikan janji-janjinya termasuk menghapuskan tol di seluruh negara.

“Namun, apabila banyak janji-janji dimungkiri, kesabaran rakyat semakin menipis. Keadaan semakin parah apabila PH menerima pakai dasar pentadbiran BN yang sebelum ini dijadikan bahan serangan mereka, tetapi kini bertindak mempertahankannya dengan justifikasi yang lemah,” katanya.

Justeru, katanya, senario itu membolehkan BN menunjukkan kefahaman yang jelas dalam tindakan mereka dan menyumbang kepada kebangkitan semula populariti Datuk Seri Najib Razak.




Bekas Perdana Menteri itu adalah faktor utama penolakan terhadap BN dalam Pilihan Raya Umum lalu sebaliknya kini sudah menikmati kebangkitan semula dengan menggunakan keputusan, ucapan, dan tindakan pemimpin dan menteri PH.

Lihat Juga Makanan Rare di Malaysia

Sumber: HMetro

Continue Reading

Hiburan

Ed Sheeran Datang Malaysia Lagi!

Published

on

By

Menurut sumber, Ed Sheeran akan datang ke Malaysia sekali lagi konsert solonya 2019, ia akan menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Peminat-peminat beliau di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut.

Ed Sheeran yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Axiata Arena di Bukit Jalil pada 2017. Untuk 13 April 2019 ini, beliau akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti penonton yang lebih besar.




Persembahan di Kuala Lumpur ini adalah antara siri jelajah Ed Sheeran untuk Asia 2019. Beliau juga bakal beraksi di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Sama seperti yang sebelumnya, konsert yang akan datang ini adalah sebahagian daripada Divide Tour. Tiket untuk konsert ini di Kuala Lumpur akan dijual pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 15 Januari 2019 melalui prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Lihat juga: Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: Star




Continue Reading

Politik

Mohd Sabu: Saya Tidak Akan Melindungi (dia) Daripada Undang-undang

Published

on

By

Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menegaskan beliau tidak akan melindungi anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, yang ditahan kerana positif ganja baru-baru ini daripada undang-undang. “Tidak ada masalah, itu kita serah kepada undang-undang. Saya tidak akan melindungi (dia) daripada undang-undang. Saya serah kepada pihak polis.”

“Macam anak orang lain juga, tiada yang istimewa. Kami menteri sekarang bukan nak lindungi anak-anak,” katanya. Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya berhubung isu penangkapan anaknya itu, sama ada ia akan menjejas peluang Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.




Katanya, isu itu tidak akan menjadi liabiliti untuk PH meraih kemenangan dalam PRK 26 Jan nanti. Tambahnya lagi, tidak ada masalah bagi jentera PH untuk memenangi hati dan peratusan undi pengundi, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang disandang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Ditanya mengenai keyakinan pengundi di Felda Sungai Koyan akan menyokong PH, Mohamad yakin kawasan itu akan menyaksikan peratusan tinggi undi berikutan peti undi di kawasan itu mencatat kemenangan tipis iaitu 44 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Kita akan tumpu dari rumah ke rumah kerana kita yakin isu yang akan mereka (pembangkang) mainkan adalah isu perkauman yang kita tahu banyak yang tak betul,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bahawa kemenangan calon MIC Datuk C. Sivarrajh dalam PRU14 adalah terbatal.




Lihat Juga: Tarif Air Dijangka Naik!!

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes