Air Percuma Selangor Untuk B40 Sahaja Mulai 2019 – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Air Percuma Selangor Untuk B40 Sahaja Mulai 2019

Published

on

air percuma

Selangor akan mengekalkan program air percuma mulai tahun depan tetapi ia hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan bukan lagi untuk seluruh isi rumah.

Hanya Untuk B40 Sahaja

air percuma

Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, program ini hanya terhad untuk B40 adalah bagi memenuhi matlamat asal program untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya buat golongan berpendapatan rendah.




Kadar Kapasiti Air Dinaikkan

Dalam pada itu, kadar 20 meter padu air percuma sebulan akan dinaikkan daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan.

Pada 2008, kerajaan negeri mula melaksanakan dasar ini sebanyak 20 meter padu bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Demi Kesejahteraan Rakyat

Amirudin berkata bagi 2019, jumlah peruntukan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta dan ini membolehkan kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

Menurut Amirudin juga, penjimatan itu akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat.

 

Lihat juga berita mengenai Cukai Pintu Di Terengganu Dihapuskan




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.