AirAsia Melebarkan Sayap Di Ipoh – EscaBytes
Connect with us

Destinasi

AirAsia Melebarkan Sayap Di Ipoh

Published

on

AirAsia Ipoh
Gambar oleh Farhan Najib

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah melebarkan sayap di Ipoh dengan melancarkan laluan penerbangan terus antara Ipoh dan Johor Baru.

Kami tidak dapat mengesahkan apa-apa pada masa ini, ia memerlukan penilaian terlebih dahulu. Tetapi kita melihat destinasi (berpotensi) setiap hari,” kata Ketua pegawai operasi AirAsia, Riad Asmat setelah penerbangan sulung mendarat di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Perak. “Pesawat itu boleh membawa 180 penumpang dan AirAsia menyasar 80 peratus penumpang (setiap perjalanan).”




Beliau berkata berkata syarikat penerbangan itu juga melancarkan penerbangan Johor Baru-Alor Setar hari ini, yang akan diterbangkan empat kali seminggu.

“Kami yakin kedua-dua Ipoh dan Alor Setar akan menjadi destinasi yang sangat popular untuk pelancong perniagaan dan percutian,” katanya.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, turut hadir menyambut 120 penumpang pertama dalam penerbangan sulung itu, berkata penerbangan itu akan meningkatkan industri pelancongan dan ekonomi negara. Beliau turut menekankan bahawa kerajaan Perak masih berminat untuk membina sebuah lapangan terbang baru, tetapi masih diperingkat perbincangan.

“Selain meningkatkan penjenamaan produk kami, kami juga akan mengkaji semula modal insan dalam sektor pelancongan. Kami ingin menyediakan program latihan semula dan kemahiran untuk pengendali hospitaliti kami, kakitangan hotel, pemandu pelancong, usahawan dan semua orang dalam ekosistem pelancongan, “katanya,




“Kerajaan negeri mempunyai keyakinan penuh bahawa AirAsia akan memainkan peranannya sebagai rakan strategik kami untuk mempromosikan Perak secara keseluruhan.

“Kami juga melihat (potensi) selain daripada laluan Johor Bahru-Ipoh. Impian kami adalah untuk bekerjasama untuk menghubungkan Ipoh ke destinasi lain dalam rangkaian luas AirAsia. ”

Lihat Juga Rumah Hobbit Di Turki Tarik Pelancong, termasuk dari Malaysia

Kredit MalayMail




Destinasi

Korea – Destinasi “Buruan” Rakyat Malaysia

Published

on

Korea

CUTI-CUTI DI KOREA!!! Korea merupakan antara destinasi pelancongan yang sentiasa menjadi “buruan” rakyat Malaysia. Ramai menyimpan hasrat nak ke sana tapi tak ramai pula yang tahu tempat menarik dan bajet sepanjang keberadaan anda di sana.

Pemuda bernama Azrin Zin ini telah berkongsi pengalaman sepanjang berada di Korea selama 6 hari dengan bajet HANYA RM1600!!! Tips sebagai rujukan buat anda yang kali pertama hendak ke sana juga dikongsinya.




Rujukan bajet untuk ke Korea

Done my Seoul trip last week. Actually Seoul was’nt part of my wish list. But you know what, its not bad at all. I purposely left few places so that I had a reason for revisit. To those who asking, here are my cost breakdown & itinerary for your reference.

Flight ticket (AirAsia) : RM850 (book on August 2018)
Baggage (return) : RM120 (25KG – sharing 2 person, RM60 per person)
Airbnb (Apartment at Suyu) : RM440 (6D5N – sharing 2 person, RM220 per person)
Subway: RM130
Food: Less than RM200 as I bring some food from KL
Insurance: RM38
N Seoul Tower: RM21 booked from Klook app
DMZ tour: RM180 booked from Klook app (optional)

Total cost: RM1699 per person

Anda dinasihati menempah dan membeli tiket penerbangan (pergi dan balik) lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Begitu juga tempahan penginapan hanya perlu ditempah menerusi Airbnb saja.




Jomlah kita…

Day 1
Myeongdong

Day 2
Gyeongbokgung Palace | Seocheon Hanok Village | Bukcheon Hanok Village | Churro 101 | Gwanghwamun Square | Cheonggyecheon Stream | KTO | Gwangjang Market | Dongdaemun Design Plaza | Nandaemun

Senarai destinasi di Seoul atas ini boleh dijadikan sebagai rujukan anda. Apabila tiba di Seoul, anda wajib melawat Seocheon Hanok Village. Sebabnya, di sini anda boleh melihat sendiri seni bina rumah tradisional masyarakat Korea yang masih dipertahankan hingga hari ini.

Rugi Kalau Tak Sampai Sini

Day 3
Demilitarized Zone (DMZ tour) | Seoul City Hall | Itaewon | Tartine Pie | N Seoul Tower (Namsan Tower) | Myeongdong




Day 4
Gangnam Square | Olympic Park | COEX Mall | Gyeongridan Street | Jongmyo | Insadong

Di bandar Seoul ini terdapat banyak destinasi yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan rakyat Korea termasuk Namsan Tower. Jika anda ingin naik ke menara ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu menerusi aplikasi Klook. Murah saja, harga untuk naik ke atas baru saja RM21.

Masjid ‘famous’ di Korea

Day 5
Sorae Ecology Park | Soraepogu Fish Market | Incheon Fairy Tale Village | Incheon China Town | Itaewon | Hongdae Street

Day 6
Seoulla 7017




Seoul Central Mosque di Itaewon merupakan masjid yang sangat popular di bandar Seoul ini. Jika anda perasan, masjid ini sering kali menjadi pilihan pengarah drama atau filem tempatan untuk menjalani penggambaran di sini.

Tips Ringkas

1. Prayer room in Seoul can be found at Incheon Airport Terminal 1 (Departure Hall, Gate 24), KTO office, COEX Mall, Lotte World, Itaewon.
2. For Airport transfer, using AREX all stop train to Seoul City Station & transfer to Suyu Station for KRW4250 (cheapest way).
3. To Namsan Tower, you can choose to take bus from Myeongdong Station (Exit 3, Bus no 2), Chungmuro Station (Exit 2, Bus no 2 or 5) for KRW2100 return instead of cable car which will cost you around KRW9000 return.
4. You will save more money if using T-Money card which can be used for subway, bus and even purchase goods at convenience store.

5. For internet using Digi Roaming 2GB (3 days) for RM25 or you can book portable wifi from Klook which will cost you around RM60 for 6 days.
6. There is trick on how you can get extra discount for using Airbnb which I’m not going to reveal it here.
7. Got T-Money card, travel maps & discount coupon book for free. PMed for details.
8. Foods are rather expensive. Street food will cost you average KRW 3-5000, drink KRW 1200, complete set meal KRW 8-15000. So plan your meal wisely.

Sumber: Azrin Zin

Pulau Jeju – Keindahan Semula Jadi Bagi Pencinta Alam. Klik disini sekiranya ia merupakan destinasi percutian pilihan anda.

Continue Reading

Destinasi

Neelofa Menginap Villa Bawah Laut RM200K Semalam

Published

on

Neelofa

Ramai netizen telah sedia maklum pelakon dan pengacara cantik, Neelofa kini sedang bercuti di Maldives. Paling mendapat perhatian ialah apabila ramai yang terpegun dengan kecantikan bilik hotel yang dimuat naik oleh Neelofa. Apa yang menarik perhatian netizen ialah bukan hotel-hotel biasa yang menjadi lokasi penginapan Neelofa tetapi di The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Resort. Murah ka??

 

View this post on Instagram

 

Airport style when in Maldives!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Bila admin check harga bilik tersebut buat admin termenung sekejap sambil bukak dompet. Harganya bernilai hampir USD50,000 (±RM208,000) untuk satu malam SAHAJA!!!. Villa dua tingkat tersebut dilengkapi dengan reka bentuk moden dengan teknologi hebat yang membolehkan penginap bilik tersebut untuk menikmati pemandangan laut di tingkat atas dan pemandangan dasar laut di tingkat bawah.

 

View this post on Instagram

 

Take your mind off things, relax and unwind at The Muraka #themuraka

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Villa ini juga dikenali sebagai penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar laut di dalam ruang tidur. Jadi tidak hairanlah mengapa harga bilik tersebut boleh mencecah harga RM200,000 untuk satu malam. Buat pengikut Neelofa yang ramai di Instagram (5.7 juta), ianya satu exposure yang baik untuk villa berkenaan kerana kini ramai yang telah mengetahui tentang kewujudan villa The Muraka ini.




Mungkin anda boleh mula menabung dari sekarang untuk merasai sendiri pengalaman tidur bersama hidupan laut di sini. Atau dengan harga berkenaan boleh beli sebuah rumah di Malaysia. Tepuk dada tanya selera.

Dibawah ini admin share sikit info mengenai villa mewah ini. InshaAllah korang pun boleh datang bawa yang tersayang bercuti disini. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus bekerja kuat mencari rezeki…

Continue Reading

Destinasi

Rumah Hobbit Di Turki Tarik Pelancong

Published

on

By

“Rumah Hobbit” yang dibina di tengah-tengah wilayah Sivas di Turki ini telah menarik minat ramai pelancong domestik dan luar negara.

Dengan inspirasi dari novel fantasi dan filem terkenal, The Lords of the Rings, majlis perbandaran di Sivas telah membina rumah bawah tanah atau lebih popular dengan panggilan ‘Rumah Hobbit.




Di dalam Lord of the Rings, Hobbit adalah bangsa manusia fiksyen dan kecil di Middle-Earth. Bangsa manusia yang kerdil ini tinggal di rumah-rumah hobbit bawah tanah. Rumah mereka dibina di lereng bukit dan cerunan.

“Majlis perbandaran telah membina 24 rumah Hobbit setakat ini,” kata Sami Aydin, Datuk Bandar Sivas

“Kami merancang untuk menambah bilangan rumah hobbit ini kepada 40 atau 50 pada masa akan datang. Orang ramai (pelancong) boleh tinggal di rumah ini selama beberapa hari untuk melegakan keletihan mereka, “kata Aydin.

Aydinmenyatakan bahawa rumah ini sejuk pada musim panas dan hangat di musim sejuk. Beliau menambah bahawa, telah ramai pelancong dari Turki, Eropah dan Timur Jauh membuat tempahan.




“Ramai orang di Eropah,ingin membuat tempahan kerana terdapat banyak orang Turki yang tinggal di sana. Permintaan tempahan juga datang dari negara-negara Timur Jauh, termasuk Malaysia,” katanya dan juga berharap permintaan akan meningkat di masa depan.

Aydin menyatakan bahawa rumah-rumah ini akan tersedia setiap bulan sepanjang tahun ini. Ia dibina dengan niat untuk mereka yang ingin berehat dan cintakan alam semula jadi.

Rumah-rumah Hobbit mempunyai dapur sendiri, bilik tamu, bilik tidur dan bilik mandi untuk memenuhi keperluan para pelancong.

Lihat Juga Kundasang – Destinasi Percutian Dingin Dan Segar




Kredit Hurriyet Daily News

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes