Aliff Syukri Buat Gimik Produk Tak Kena Tempat – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Aliff Syukri Buat Gimik Produk Tak Kena Tempat

Published

on

Aliff Syukri

Buat hal lagi dia ni!!! Kali ini Datuk Aliff Syukri cetuskan kontroversi yang melibatkan rancangan Gegar Vaganza 5 baru-baru ini. Datuk Aliff yang bertidak sebagai penaja akan mempromosikan produknya, ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu segmen dalam GV.

Dengar cerita, Datuk Aliff kononnya nak buat gimik tapi tak kena tempat sampai menyinggung bukan saja hati penonton tapi penyanyi lagu Amalina, Santesh. Perkara ni disuarakan penyanyi Imran Ajmain di Twitter.




Aliff Syukri

“Dia pergi kat satu girl, terus cakap that girl punya muka macam bomoh” 

Aliff Syukri

Sesiapa yang sempat tengok GV baru-baru ni mesti perasan ada dua kejadian melibatkan Datuk Aliff yang buat ramai tak puas hati. Rata-rata netizen tak puas hati dengan ape yang telah berlaku:

Aliff Syukri

Gimik tak kena tempat ni Datuk!

“Saya sangat malu dan terkesan dengan tindakan Datuk Aliff Syukri” 

Perlakuan Datuk Aliff pada malam semalam mengundang kecaman hebat netizen, termasuklah penyanyi Imran Ajmain yang rasa malu kenapa Datuk Aliff boleh keluarkan statement tentang warna kulit dan wajah ‘hodoh’ seseorang sebab ia sangat rasis dan melampau.

Aliff Syukri

Aliff Syukri

“Aliff Syukri juga tergolong dalam IQ tahap carrot” 

Walau bagaimanapun, netizen macam dah lali dan tak terkejut dengan apa yang dilakukan Datuk Aliff. Yelah, sebab dah terbiasa dengan perangai jutawan kosmetik ni. Sebaliknya, ramai yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan Imran Ajmain ni.

Aliff Syukri

Saman je Datuk Aliff Ni!!!

Bukan itu sahaja, di Twitter panas apabila ada segelintir netizen yang syorkan supaya perempuan terbabit saman Datuk Aliff. Dia juga siap bagi contoh-contoh kejadian memalukan tersebar di media yang membolehkan seseorang tu buat saman malu. Malah, boleh tuntut ganti rugi. Baru kau tau sekarang langit tinggi rendah ye “Abang Kosmetik”!!




Aliff Syukri

Aliff Syukri

Perkara-perkara camni sepatutnya tak jadi. Yelah, nak buat gimik pun berpada-padalah datuk. Gurau-gurau jugak tapi kena jaga sensitiviti orang sekeliling takut ada yang terasa. Apa-apa pun diharapkan perkara macam ni jangan berlanjutan sampai bawa kes ke mahkamah. Tapi kalau masuk mahkamah pun admin tak heran. Kalau admin jadi penonton tu pun memang panas la. Silap-silap ada selipar terbang dalam hall hari tu. Harap datuk TOLONG AMBIL IKTIBAR mengenai perkara ni untuk perbaiki lagi diri tu…

Lagu nasyid dah keluar datuk. Hayati la betul2 lirik dlm lagu tu. Mana tau boleh bagi pedoman sikit kat datuk. Tak kira la hitam, putih, lawa atau hodoh, semua ciptaan Allah tu indah. Yang penting hati mesti kena bersih okay!!

 

Lihat juga berita mengenai Zamani Hilang Suara Dalam Gegar Vaganza

Hiburan

Che Ta & Zain Sambut Ulang Tahun Ke 5 Perkahwinan

Published

on

Che Ta

Pasangan sejoli Che Ta atau Rozita Che Wan dan Zain Saidin sama seperti perumpamaan bagai pinang dibelah dua. Pasangan secocok ini diijabkabulkan pada Disember tahun 2013. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Aisyah.

Sempena genap ulangtahun perkahwinan kelima hari ini, ini ucapan sweet Che Ta buat suami tercinta. Paling tak sangka, ketika Che Ta dinobatkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, suami baru darjah 2!




Ulang tahun perkahwinan ke 5

Jadi Miss Malaysia 1992, Zain baru darjah 2

 

Jodoh Ketentuan Allah

 

Semoga pasangan ini sentiasa diberi kebahagiaan dan kejayaan dalam segala apa jua bidang yang diceburi. Tahniah Che Ta dan Zain!!

Sumber : Instagram Rozita Che Wan

 

Lihat juga berita mengenai Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Continue Reading

Hiburan

Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Published

on

Hannah Delisha

Bintang baru ini sedang menempa nama dalam industri seni tanah air. Hannah Delisha, 22 tahun selain memiliki wajah yang comel, gadis berasal dari Singapura ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan yang sangat mantap.

Hannah Delisha

Namanya mula dikenali ramai selepas kemunculan di dalam drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer. Drama itu menyaksikan Hannah bergandingan dengan pelakon sensasi lelaki, Syafiq Kyle yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat.




Ok lah. Tak nak bebel banyak sangat. Jom kita berkenalan dengan pelakon comel molek bernama Hannah Delisha ini.

Hannah Delisha 1

Biodata:
Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Artis: Hannah Delisha
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Warganegara: Singapura
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya:
Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk

Hannah Delisha

Single Lagu:
Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Drama: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang

Twitter: twitter.com/hannahdelisha
Facebook: facebook.com/delishafanpage
Instagram: @hannahdelisha




Kerjaya:

Hannah Delisha

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”. “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2017, Hannah kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

 

Hannah Delisha

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.




Untuk pengetahuan anda, ibunya merupakan penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Hannah Delisha

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14. Ia merupakan satu kejayaan bermakna buatnya apabila menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Bahkan, ia memang tidak disangka-sangkakan Hannah kerana dia hanya berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih sahaja.  Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.




Apa-apa pun, min ucapkan semoga berjaya kepada Hannah dalam setiap apa yang diceburi. Semoga teruskan memberi persembahan yang baik dalam setiap lakonan demi peminat-peminat Hannah. Kalau jumpa min roger-roger…

Nah min belanja sikit suara Hannah mempromosikan single terbarunya, Tak Perlu Kata Apa-Apa…

Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa”. Lihat artikel penuh disini.

Sumber: Instagram

Continue Reading

Hiburan

Zaibo Hembuskan Nafas Terakhir Petang Tadi

Published

on

Zaibo

Selepas enam bulan menderita akibat kanser esofagos, pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu. Berita sedih itu disahkan oleh isterinya Siti Hawa Sawal. Ia merupakan satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang. Menurut Siti Hawa, 52, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.




Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat. Dia hanya mengetahuinya semasa bulan Ramadan lalu yang mana dia tidak boleh menelan makanan.

Selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser. Akhirnya Zaibo mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu. Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie. Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Allahyarham juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.




Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

 

Lihat juga berita mengenai Lagenda Stan Lee (Marvel Comics) Meninggal Dunia

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes