Aliff Syukri Sedia Jual "Istananya" Dengan RM43 Juta – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Aliff Syukri Sedia Jual “Istananya” Dengan RM43 Juta

Published

on

aliff syukri
Share the News!

“Palace of Aliff Syukri”. Itulah nama panggilan bagi rumah agam Datuk Seri Aliff Syukri yang sangat mewah dan luas seperti istana. Rumah agam tersebut dilengkapi dengan 30 bilik tidur serta hiasan landskap yang begitu indah. Terkini, menerusi portal Media Hiburan, beliau sedia untuk menjual rumah berkenaan kepada sesiapa yang berminat pada harga RM43 juta lengkap dengan perabotnya sekali. Alamakk!! mana nak cekup duit banyak tu??

aliff syukri

Tujuan beliau menjual rumah agam itu kerana ingin membeli sebuah hotel dan bukanlah kerana menyesal membeli rumah tersebut. Antara tujuan utama beliau ingin membeli sebuah hotel adalah unutk menampung gaji serta keperluan pekerjanya. Bukan itu sahaja, Aliff berkata pada masa yang sama beliau boleh menjana pendapatan lain juga.




aliff syukri

Datuk Seri Aliff Syukri memang terkenal sebagai seorang yang sangat cerewet dan begitu teliti dalam menghias rumahnya. Semua perabot dan barangan yang ada di dalam istananya itu cukup mewah dan diimport daripada London, Itali serta Sepanyol. Siapa yang beli memang untung, tidak perlu pening kepala lagi. Tapi, nak kumpul duit sebanyak RM43 juta tu silap-silap admin pun cucu admin pun bercucu cicit

Sumber: Media Hiburan

 

Lihat juga berita mengenai Gudang Sajat Diserbu Kastam disini

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply