Amalina: Pujaan Hati Santesh (MV dan Lirik) – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Amalina: Pujaan Hati Santesh (MV dan Lirik)

Published

on

Muzik Video ini kini trending di Youtube Malaysia, lagu Amalina oleh Santesh. Lagu ini menceritakan tentang percintaan antara dua orang yang mempunyai agama dan kaum yang berbeza. Penyanyi yang berketurunan India ini sebenarnya banyak membuat video cover untuk lagu penyanyi popular yang lain.

Menggunakan nama perempuan Amalina ini sama macam konsep lagu kumpulan Floor 88, Zalikha dan Aqilah. Namun, pembawaan lagu oleh Santesh ini mempunyai fusion dengan corak nyanyian lagu Tamil. Sangat unik sekali. Lagu ini ditulis oleh Harry Khalifah dan liriknya oleh Room None.




Santesh juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik Malaysia Tamil (2013) – Kategori Lagu Rakyat Terbaik (Naa Venumma). Bukan calang-calang juga Santesh ini.

 

Sedikit biodata Santesh:

Nama Sebenar: Shanthesh Kumar
Pekerjaan: Penyanyi, Penulis Lagu dan Lirik
Bangsa: India
Tarikh Lahir: 16 November 1988
Pelajaran: Muzik
Bahasa: Tamil dan Bahasa Malaysia

 

Lirik lagu Amalina boleh tengok dibawah:

Amalina, Amalina..
Kau satu, ku tidak punya dua
Satu dua tiga hanya kau saja
Walau bidadari datang menyerah




Amalina, Amalina..
Biar dulu kita habis belajar
Kita juga sama-sama membesar
Nantikan orang tua ku pinangkan

Amalina..
Aku suka kamu kerna kau manja
Aku suka kamu kerna kau mulia

Aku suka kamu
Engkau Amalina

Amalina..
Aku suka kau berbudi bahasa
Kau juga menghormati orang tua
Aku sayang kamu oh Amalina




Amalina..
Aku suka kamu kerna kau manja
Aku suka kamu kerna kau mulia

Aku suka kamu
Engkau Amalina

Amalina..
Aku suka kau berbudi bahasa
Kau juga menghormati orang tua
Aku sayang kamu oh Amalina

Amalina..
Aku suka kamu kerna kau manja
Aku suka kamu kerna kau mulia




Aku suka kamu
Engkau Amalina

Amalina..
Aku suka kau berbudi bahasa
Kau juga menghormati orang tua
Aku sayang kamu oh Amalina

Amalina, Amalina..
Kau satu pujaan selamanya
Kita harus tahu batas agama
Moga-moga kita kekal bersama
Amalina..

Amalina..

 

Boleh lawat laman sosial media Santesh:

Facebook
Instagram

 

Lihat Juga Reviu Hikayat Benladin: Karya Sang Pujangga Malique

 

Hiburan

Ed Sheeran Datang Malaysia Lagi!

Published

on

By

Menurut sumber, Ed Sheeran akan datang ke Malaysia sekali lagi konsert solonya 2019, ia akan menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Peminat-peminat beliau di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut.

Ed Sheeran yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Axiata Arena di Bukit Jalil pada 2017. Untuk 13 April 2019 ini, beliau akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti penonton yang lebih besar.




Persembahan di Kuala Lumpur ini adalah antara siri jelajah Ed Sheeran untuk Asia 2019. Beliau juga bakal beraksi di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Sama seperti yang sebelumnya, konsert yang akan datang ini adalah sebahagian daripada Divide Tour. Tiket untuk konsert ini di Kuala Lumpur akan dijual pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 15 Januari 2019 melalui prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Lihat juga: Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: Star




Continue Reading

Hiburan

Che Ta & Zain Sambut Ulang Tahun Ke 5 Perkahwinan

Published

on

Che Ta

Pasangan sejoli Che Ta atau Rozita Che Wan dan Zain Saidin sama seperti perumpamaan bagai pinang dibelah dua. Pasangan secocok ini diijabkabulkan pada Disember tahun 2013. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Aisyah.

Sempena genap ulangtahun perkahwinan kelima hari ini, ini ucapan sweet Che Ta buat suami tercinta. Paling tak sangka, ketika Che Ta dinobatkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, suami baru darjah 2!




Ulang tahun perkahwinan ke 5

Jadi Miss Malaysia 1992, Zain baru darjah 2

 

Jodoh Ketentuan Allah

 

Semoga pasangan ini sentiasa diberi kebahagiaan dan kejayaan dalam segala apa jua bidang yang diceburi. Tahniah Che Ta dan Zain!!

Sumber : Instagram Rozita Che Wan

 

Lihat juga berita mengenai Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Continue Reading

Hiburan

Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Published

on

Hannah Delisha

Bintang baru ini sedang menempa nama dalam industri seni tanah air. Hannah Delisha, 22 tahun selain memiliki wajah yang comel, gadis berasal dari Singapura ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan yang sangat mantap.

Hannah Delisha

Namanya mula dikenali ramai selepas kemunculan di dalam drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer. Drama itu menyaksikan Hannah bergandingan dengan pelakon sensasi lelaki, Syafiq Kyle yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat.




Ok lah. Tak nak bebel banyak sangat. Jom kita berkenalan dengan pelakon comel molek bernama Hannah Delisha ini.

Hannah Delisha 1

Biodata:
Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Artis: Hannah Delisha
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Warganegara: Singapura
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya:
Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk

Hannah Delisha

Single Lagu:
Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Drama: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang

Twitter: twitter.com/hannahdelisha
Facebook: facebook.com/delishafanpage
Instagram: @hannahdelisha




Kerjaya:

Hannah Delisha

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”. “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2017, Hannah kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

 

Hannah Delisha

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.




Untuk pengetahuan anda, ibunya merupakan penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Hannah Delisha

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14. Ia merupakan satu kejayaan bermakna buatnya apabila menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Bahkan, ia memang tidak disangka-sangkakan Hannah kerana dia hanya berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih sahaja.  Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.




Apa-apa pun, min ucapkan semoga berjaya kepada Hannah dalam setiap apa yang diceburi. Semoga teruskan memberi persembahan yang baik dalam setiap lakonan demi peminat-peminat Hannah. Kalau jumpa min roger-roger…

Nah min belanja sikit suara Hannah mempromosikan single terbarunya, Tak Perlu Kata Apa-Apa…

Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa”. Lihat artikel penuh disini.

Sumber: Instagram

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes