Anwar Ibrahim Layak Bertanding PRK Port Dickson – EscaBytes
Connect with us

Politik

Anwar Ibrahim Layak Bertanding PRK Port Dickson

Published

on

Anwar Ibrahim
Share the News!

Datuk Seri Anwar Ibrahim LAYAK BERTANDING. Perkara ini telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan Anwar Ibrahim layak bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Pengerusinya Azhar Azizan @ Harun berkata, pihaknya ada menerima surat bantahan, namun memutuskan Anwar layak bertanding dalam PRK kali ini seperti peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini berteraskan kepada isu pengampunan Anwar yang mana ia tidak mahu membenarkan beliau menjadi calon.




Walau bagaimanapun, pihaknya membenarkan Anwar bertanding kerana beliau telah menerima pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di Port Dickson, hari ini. Timbalannya Tan Sri Othman Mahmood dan Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Khairy Maamor juga dilihat  turut hadir.

Sebelum ini, seorang pengundi berdaftar Port Dickson mengemukakan tindakan undang-undang bagi memohon perisytiharan Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Noraziah Mohd Shariff, 38, selaku pemohon memfailkan saman pemula itu pada 8 malam semalam melalui sistem pendaftaran e-filing.




Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2014 oleh Mahkamah Rayuan, dibebaskan dari penjara dan mendapat pengampunan penuh pada 16 Mei lalu.

 

Lihat juga berita berkaitan Saiful Bukhari sah bertanding PRK Parlimen PD disini.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply