Anwar Ibrahim Menang Besar PRK Port Dickson – EscaBytes
Connect with us

Politik

Anwar Ibrahim Menang Besar PRK Port Dickson

Published

on

Anwar Ibrahim
Share the News!

Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi. Beliau memperoleh 31,016 undi daripada 172 saluran undi sehingga penjumlahan tamat pada pukul 9.15 malam.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor malam tadi. Keputusan rasmi itu menunjukkan Anwar Ibrahim menewaskan enam pencabarnya iaitu calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, yang memperoleh 7,456 undi.




Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi. Manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi. Tiga lagi calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, manakala Lau Seck Yan (214 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi)

Anwar, 71, layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas. Dengan kemenangan itu, Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Isnin ini. Ia juga merupakan hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 bersidang.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September lalu bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat. Ia adalah sebahagian daripada pelan PH bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat diadakan dalam tempoh lima bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlangsung pada 9 Mei lalu.  Tiga PRK yang diadakan sebelum ini adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu disusuli PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong pada 8 September lalu.




Anwar Ibrahim

 

Sumber: BH Online

 

Lihat juga berita Cukai Baharu Kini Dalam Perancangan Kerajaan

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply