Hiburan
Avengers 4 Dijangka Jadi Filem Terpanjang MCU

Sebut saja Avengers sudah pasti dikenali seluruh dunia. Filem superhero yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan pengikut Marvel iaitu Avengers 4 bakal ditayangkan tahun hadapan.

Avengers 4 filem terpanjang Marvel Cinematic Universe (MCU)
Menurut pengarahnya, Joe Russo, Avengers 4 dikatakan akan menjadi filem terpanjang dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Beliau menjangkakan filem ini akan berdurasi sekitar 3 jam. Jarang kita jumpa filem Hollywood yang berdurasi 3 jam melainkan filem Bollywood. Rata-rata filem Bollywood ni memang tak disangkalkan lagi. Satu lagu saja dah ambik masa dekat 10 minit nak habiskan.
Apa yang penting, tempoh 3 jam untuk sambungan Avengers ini pastinya memberikan satu pengalaman yang baru dan mengagumkan. Marvel menerusi laman web rasminya turut mengeluarkan ‘countdown’ untuk filem ini yang bakal berada di pawagam tahun hadapan.
Sama-samalah kita nantikan filem yang bakal membuatkan anda seolah-seolah sedang menonton filem Kuch Kuch Hota Hai…
Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa” disini.

You must be logged in to post a comment Login