Banjir di Terengganu Catat 950 Orang Mangsa Setakat Ini – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Banjir di Terengganu Catat 950 Orang Mangsa Setakat Ini

Published

on

banjir

Info Cuaca – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 950 orang daripada 327 keluarga. Statistik ini dicatat setakat jam 11 malam ini, berbanding 749 mangsa daripada 258 keluarga, jam 6 petang tadi.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah paling ramai dicatatkan di Hulu Terengganu. Ia membabitkan 645 orang mangsa banjir daripada 257 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS berbanding 479 orang daripada 194 keluarga jam 6 petang tadi.




“Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan adalah di Hulu Terengganu membabitkan Jalan Simpang Gaung – Simpang Sungai Tong di Kampung Kepoh dan Kampung Kuala Ping serta Jalan Bukit Diman – Tersat (Kampung Pengkalan Ajal).

“Di Setiu membabitkan Jalan Permaisuri/Hulu Seladang (Kampung Besut), Jalang Pengkalan Merbau/Pelong (Kampung Seri Kenangan) dan Jalan Kampung Bukit/Alor Lik (Kampung Bukit) manakala di Kemaman pula di Teladas Air Putih (Jambatan Lama Teladas),” katanya.

Menurutnya, jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan pula membabitkan Jalan Simpang Gaung – Simpang Sungai Tong (Kampung Matang), Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (Kampung Matang) dan Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal (Kampung Pasir Pelata) di Hulu Terengganu.

“Di Kemaman pula membabitkan Jalan Felda Neram 2 (Ladang Sawit), dua seksyen di Jalan Pelantoh (Kampung Tebak) dan Jalan Ibok (Darat Ibok),” katanya.




 

Lihat juga pautan mengenai waktu operasi UTC yang akan berubah mulai tahun depan disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.