Belanjawan 2019 - Subsidi Bahan Api – EscaBytes
Connect with us

Automotif

Belanjawan 2019 – Subsidi Bahan Api

Published

on

belanjawan 2019
Share the News!

Belanjawan 2019 telah pun dibentangkan sebentar tadi oleh Menteri Kewangan. Terdapat beberapa perkara menarik berkenaan isu subsidi bahan api yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut belanjawan tadi, kerajaan akan memberikan subsidi bersasar kepada pemilik kereta bersesaran 1,500 cc dan motosikal bawah 125 cc dan ke bawah.




belanjawan 2019

Subsidi RON95 sebanyak 30 sen seliter akan diberikan kepada kedua-dua golongan ini. Walau bagaimanapun, ia terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal.

belanjawan 2019

Mekanisme baru ini akan bermula seawal suku kedua 2019 dengan peruntukan sebanyak RM2 billion untuk dimanfaatkan kepada 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Bagi harga RON95 pula, ia akan diapungkan berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM) bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber. Malah, ia bagi membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.

Walau bagaimanapun, pemberian subsidi kepada dua golongan sasaran pemilik kereta dan motosikal ini hanya terpakai setelah mekanisme apungan dan harga semasa RON95 ditentukan.




Harap belanjawan ini dapat mengukir senyuman di wajah anda…….

 

Lihat juga berita mengenai Lampu Kereta Kusam? Ikuti Tips Kilatkan Semula

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply