Bella Habis RM1 Juta Mahu Kelihatan Seperti Barbie – EscaBytes
Connect with us

Gaya Hidup

Bella Habis RM1 Juta Mahu Kelihatan Seperti Barbie

Published

on

Bella

Bella, gadis mirip ‘Barbie’ mendakwa sudah berbelanja kira-kira RM1 juta dalam tempoh lima tahun dia semata-mata mahu kelihatan seperti anak patung popular itu. Nama sebenarnya ialah Izubiela Rasi yang berusia 29 tahun berasal dari Pulau Pinang.

Bella

Dia yang juga dikenali dengan nama Instagram @izubielazaffmarekan memberitahu setiap kali memuat naik fotonya di Instagram mahupun Facebook, pasti ada di antara pengikutnya menyamakan dirinya seperti doll atau anak patung. Bahkan ada yang beranggapan foto dimuat naik itu telah melalui proses suntingan yang keterlaluan untuk kelihatan seperti patung bernyawa.




Kelihatan Seperti Barbie

Menurut Bella, ramai yang menyapanya mengatakan dia kelihatan seperti doll dan Barbie. Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta untuk bergambar.

Bella

Jelas Bella, patung Barbie merupakan gambaran seorang wanita yang sempurna. Semetri wajah menawan, berambut lebat dan bertubuh langsing, membuatkan wanita obses untuk menjadi seperti boneka yang dimiliki hampir semua kanak-kanak perempuan seluruh dunia itu.

Bella akui turut obses untuk menjadi seperti boneka itu tetapi tidaklah sampai buat pembedahan plastik atau kosmetik. Malah, tidak menggayakan fesyen seperti Barbie sebaliknya suka mengenakan gaun yang glamor.

Jaga Pemakanan Rahsia Kecantikan

Dia memberitahu pemakanannya sentiasa dijaga untuk mengekalkan saiz tubuh sedia ada dan mengambil makanan tambahan pencerahan kulit. Bella juga selalu ke salon untuk mendandan rambut, melakukan senaman, urutan wajah, memakai korset setiap hari dan menjalani pelbagai rawatan kulit, salah satunya mengambil suntikan vitamin C.




Wanita jelita ini juga suka membeli barangan mekap dan akan menghabiskan masa dua hingga ke tiga jam untuk bersolek bagi mendapat doll look yang sempurna.

“Terus-terang demi nak cantik, saya tak kisah berhabis wang,” katanya.

Obsesi Dorong Keluarkan Produk Kecantikan

Akui wanita ini, sejak remaja lagi dia sangat menjaga bentuk tubuh dan suka pada kecantikan termasuk melihat benda-benda yang cantik. Obsesi pada kecantikan juga mendorong dia mengeluarkan produk kecantikannya sendiri.

“Idea mengeluarkan produk sendiri tercetus selepas kemalangan ketika penggambaran sebuah drama. Akibat daripada kejadian itu hidung saya patah dan senget ke kanan.

“Rasa ‘down’ masa tu, perlahan-lahan saya merawat diri dan melakukan pelbagai usaha untuk mencantikkan diri.

“Bertitik tolak dari kemalangan itu juga saya mula minat membuat produk sebagai salah satu cara untuk berkongsi tip kecantikan dengan wanita di luar sana yang berasa rendah diri dengan kekurangan mereka.

“Saya mencari penyelesaian serta formula produk yang berkesan bahkan berupaya mencantikkan dan memutihkan kulit,” kata wanita berbakat dalam nyanyian dan memiliki vokal mirip Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Bella menasihati kepada mereka yang obses untuk kelihatan cantik seperti patung Barbie supaya tidak perlu membahayakan nyawa dengan melakukan pembedahan plastik/kosmetik lebih-lebih lagi mereka yang berstatus Muslim.

“Cukup sekadar mengawal pemakanan, menjaga kulit dan aplikasi teknik solekan yang betul,” katanya.

 

Nutty Nathamon, Instafamous Thai Fasih Nyanyi Lagu Melayu. Artikel penuh disini.




Gaya Hidup

Sebab Jangan Guna Telefon Semasa Charge

Published

on

By

Sebab Jangan Guna Telefon Semasa Charge

Ini adalah sebab kenapa jangan guna telefon atau perkakas elektronik mudahalih semasa tengah charge atau cas.

Ujian dilakukan menggunakan alat yang dapat mengesan elektrik ini dilihat elektrik seakan bocor dari tempat yang sepatutnya. Instrumen yang digunakan adalah ezAlertT II ini mampu untuk mengenal pasti kehadiran voltan AC tanpa hubungan elektrik secara terus, ia juga dapat membuat pengenalpastian fasa dan neutral. Alat yang dibuat di Brazil ini dilengkapi dengan petunjuk bunyi dan cahaya, terminal dan bas tanpa penebat bertenaga.




Kes kejadian yang tidak diingini seperti telefon meletup dan terbakar telah dilaporkan. Mengikut siasatan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan.

Pengguna mestilah menggunakan pengecas, earphone dan lain-lain alatan yang dari sumber yang boleh dipercayai. Paling selamat, gunakan alatan yang dikeluarkan dan diluluskan oleh pengilang telefon atau tab tersebut.

Usaha ini hendaklah dipandang serius oleh pengguna. Dikhuatiri alat seperti wayar charger atau earphone yang dipakai tidak mematuhi piawaan yang dibenarkan. dan boleh menyebabkan kemalangan.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, jika boleh biarkan telefon untuk cas sebentar pun apa salahnya kan?




Lihat juga Penjagaan Kuku Rahsia Keunggulan Diri

Continue Reading

Gaya Hidup

Penjagaan Kuku Rahsia Keunggulan Diri

Published

on

Kecantikan bukan hanya meliputi rambut dan kulit sahaja. Penjagaan kuku juga salah satu perkara penting yang korang kena ambil berat. Kuku juga melambangkan keperibadian dan kesihatan diri. Kalau kuku pun penuh daki laki pun takut nak dekat…

Bagi perempuan Muslim tidak banyak pilihan yang boleh dipilih selain potong kuku. Nak pakai nail polish tak boleh. Sebenarnya ada lagi cara untuk jaga kuku korang tu. Selain dari pergi salon kuku, penjagaan di rumah juga memainkan peranan untuk dapatkan kuku yang cantik dan sihat.




 

1. Berhenti gigit kuku

penjagaan kuku

Menggigit kuku ni dah jadi tabiat buruk yang susah nak dibendung bagi sesetengah orang. Kalau korang salah sorang penggigit kuku, hentikan tabiat ni okay. Selain dari terdedah dengan bakteria dan kuman, kuku jadi mudah rapuh dan senang terkena jangkitan kulit.

2. Moisturize kuku

penjagaan kuku

 

 

 

 

 

 

 

 

Ingat kulit je kena jaga kelembapan. Kuku pun perlukan kelembapan yang cukup setiap hari. Selepas mencuci kuku dengan air suam, sabun dan berus khas, apa yang korang perlu buat adalah moisturize kuku. Tujuannya untuk memastikan kuku dan kulit sekelilingnya sihat.

Kalau korang taknak beli moisturizer kuku tu, korang boleh je gantikan dengan losyen biasa, gel aloe vera ataupun minyak castor. Lakukan cara ini setiap kali sebelum korang tidur. Janji kena rajin labaru kuku cantik dan bersinar!

3. Manicure sebulan sekali

penjagaan kuku

Cuba cari masa dalam sebulan tu untuk korang manjakan diri kat salon kuku dan buat appointment manicure dengan pakar kuku. Membersihkan kutikel dan kemaskan sisi kuku pun dah memadai.




Sesetengah pakar akan cadangkan untuk tolak kutikel ke belakang tapi selebihnya mengatakan habit ni akan meninggikan risiko untuk mendapat jangkitan dan sebaiknya dielakkan. Kalau korang ada beli alat-alat manicure, jangan lupa untuk sentiasa bersihkan alat-alat tu lepas guna ye!

4. Amalan pemakanan sihat

penjagaan kuku

Pemakanan pun perlu dititik beratkan jugak. Korang kena makan makanan yang mengandungi vitamin B, contohnya kuning telur, kekacang, tempe dan pisang. Untuk mengelakkan kuku terbelah, korang perlu juga ambil makanan yang mengandungi biotin seperti hati, salmon, avokado dan juga ubi keledek.

Hasilnya badan yang sihat sekaligus kuku yang berkilau!

penjagaan kuku

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Harap apa yang admin sampaikan ni korang jangan ambil mudah ye. Bukan kuku tangan je yang korang kena jaga, kuku kaki pun sama. Tak nak lah nanti orang tengok korang ni pengotor kalau kuku tak jaga.




Memang senang untuk kita abaikan penjagaan kuku tapi kalau korang rajin amalkan perkara yang basic seperti di atas. Confirm kuku korang sentiasa sihat dan kuat. Selamat beramal 🙂

Sumber: Everyday HealthAllureStyle Gods

 

Klik disini untuk mengetahui Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

 

Continue Reading

Gaya Hidup

Kipas Siling Kotor? Amalkan Cara Genius Ini

Published

on

kipas siling

Kali ini admin share sikit salah satu cara genius untuk anda membersihkan kipas siling dengan cepat tanpa mengotorkan ruang dalam rumah.

Kotoran yang ada pada bilah kipas menyebabkan putaran menjadi semakin perlahan. Habuk-habuk yang melekat menyebabkan kipas tidak berfungsi seperti sedia kala. Namun, kaedah membersihkannya diakui sedikit leceh. Kotoran yang ada pada bilah akan jatuh ke lantai mengakibatkan lantai pula kotor.




Cara bersihkan kipas siling dengan cepat tanpa kotorkan rumah

kipas siling

Untuk membersihkan kipas siling dengan cepat, mudah, dan tidak mengotorkan rumah, kita tak perlu gunakan penyapu siling, tuala, atau kain buruk sebab cara seperti ini akan menyebabkan habuk berterbangan serta mengotorkan lantai.

Sebenarnya tak perlu pun apa-apa alatan yang canggih. Tapi apa yang kita perlukan hanyalah 1-2 helai sarung bantal yang dah lama.

Caranya mudah saja.

1. Spray cuka pada sarung bantal

kipas siling

Mula-mula, sediakan 1-2 helai sarung bantal lama.




Kemudian, bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air biasa. Kemudian, masukkan bancuhan air ini ke dalam botol spray. Seperti yang kita tahu, cuka memang biasa digunakan sebagai agen pembersih kerana mempunyai sifat berasid dan antibakteria.

Semburkan ke bahagian dalam sarung bantal yang dah lama. Sembur secukupnya hingga agak lembap.

Kalau tak ada cuka atau tak suka pakai cuka, boleh juga guna agen pencuci lain macam sabun pencuci.

2. Sarungkan pada bilah kipas

kipas siling

Kemudian, bersedialah untuk memanjat tangga dan membersihkan bilah-bilah kipas.




Sarungkan sarung bantal yang dah disembur dengan cuka tadi pada bilah kipas pertama.

3. Kesat habuk sampai bersih

kipas siling

Bila dah sarungkan, inilah masanya untuk anda kesatkan habuk-habuk pada kipas hingga tertanggal.

Kalau kita guna sarung bantal begini, semua habuknya akan jatuh dan terperangkap dalam sarung bantal. Jadi, habuknya takkan berterbangan dan tak mengotorkan ruang.

4. Ulang hingga puas hati

Ulangi pada bilah-bilah kipas yang seterusnya hinggalah anda puas hati.




Tengok contoh hasilnya di bawah ini.

Wah, Memang Mudah Dan Cepat

Sarung bantal yang dah memerangkap habuk tadi bolehlah dibersihkan dan dicuci supaya ia boleh digunakan semula untuk proses mencuci seterusnya.

Genius, kan?

Lepas ini bolehlah cuba guna teknik ini untuk bersihkan habuk pada kipas siling dengan mudah dan cepat, tanpa mengotorkan ruang dalam rumah.

Selamat mencuba!

Sumber : Siraplimau

 

Untuk mengetahui tips hilangkan lingkaran hitam bawah mata, klik disini.

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes