Politik
Cukai Pintu di Terengganu Dihapuskan

Berita baik buat rakyat Terengganu. Tiada lagi cukai pintu yang perlu dibayar mulai tahun depan. Ia telah diumumkan Kerajaan negeri melalui Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Dalam pembentangan itu, Ahmad Samsuri telah mengumumkan perkara mengenai pengecualian cukai taksiran. Kiraan cukai tertunggak juga dihapuskan bagi semua premis kediaman berkuat kuasa 1 Januari 2019.
Penuhi Janji Manifesto
Masih Mampu Menampung
“Memanglah pengecualian cukai ini akan sedikit sebanyak memberi kesan, tetapi kita yakin akan dapat menampungnya menerusi prestasi cekap PBT (pihak berkuasa tempatan),”
Lagi Berita Gembira Buat Orang Ganu
Menteri Besar Terengganu itu juga mengumumkan pelaksanaan Program Pemberian RM300 untuk belia anak Terengganu mendapatkan lesen motosikal.
“Belia digalakkan memiliki lesen motosikal selaras dengan pematuhan undang-undang jalan raya dan membuka peluang lebih luas untuk pemilikan kerjaya,”
Bukan itu sahaja, sebanyak RM17 juta diperuntukkan untuk mengagihkan Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin.
“Kad ini membolehkan mereka menerima perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan selain boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta,”
Untunglahhh rakyat Ganu, rakyat negeri lain entah bila la nak merasa…hehehe
Lihat juga berita mengenai Rusuhan di Kuil USJ.

You must be logged in to post a comment Login