Dele Alli Challenge Kini Viral Selepas Keke Challenge – EscaBytes
Connect with us

Sukan

Dele Alli Challenge Kini Viral Selepas Keke Challenge

Published

on

Share the News!

Baru-baru ini, Dele Alli Challenge pula menjadi satu wabak yang menular dalam kalangan media sosial. Dele Alli Challenge atau Cabaran Dele Alli ini semakin mendapat perhatian ramai dalam dunia internet terutama sekali di Instagram dan Twitter dengan menggunakan hashtag #DeleAlliChallenge.

Cabaran ini tercetus daripada seorang pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris, Dele Alli yang beraksi bersama pasukan Tottenham Hotspurs. Beliau menggayakan aksi tersebut apabila berjaya menjaringkan gol sebagai cara untuk meraikan golnya ketika menentang Newcastle dengan gaya ini.




Dele Alli Challenge

Selepas daripada perlawanan itu, Alli telah mencabar rakan-rakan yang lain untuk melakukannya. Akhirnya ia terus merebak ke seluruh dunia sehingga netizen-netizen juga terkesan dengan cabaran itu. Cabaran ini dilihat agak sukar sehingga ia dijadikan sebagai satu cabaran dalam kalangan warga media sosial. Bahkan, Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino juga turut meluangkan masa melakukan cabaran ini.

Bukan sahaja dalam kalangan pemain bola sepak yang menyahut cabaran ini, selebriti-selebriti juga turut mencuba membuat Dele Alli Challenge ini.  Walaupun ramai mampu melakukannya, ada juga yang tidak mampu melakukannya.

Sumber Video: Youtube ITV  News

 

Lihat perkembangan mengenai Sukan Asia 2018: Skuad B-23 Tahun Negara Tewas Tipis Kepada Bahrain Semalam




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply