Destinasi Makan SEDAP Di Bangi PATUT Anda Pergi – EscaBytes
Connect with us

Selera

Destinasi Makan SEDAP Di Bangi PATUT Anda Pergi

Published

on

tempat makan
Share the News!
Mencari destinasi makan best kat Bangi? Takpe, hari ini admin kongsikan sedikit tempat makan sedap yang patut korang pegi. Harganya pula berpatutan kena dengan rasanya yang memang cukup buat korang rasa nak datang lagi.

Disini merupakan senarai destinasi makan di Bangi yang boleh korang cuba:

1. Sup Urat Keting @ Sup Urat Ketin

Tengok nama kedai pun dah tau apa menu special dorang ni. Kat sini hidangan istimewanya Sup Urat Keting iaitu sup yang direbus bersama urat kaki lembu. Kuah supnya memang pekat likat. Kena pula ada rasa sedikit pedas dipadankan dengan kepingan urat keting yang lembut menjadikan hidangan ini cukup sedap dinikmati dan membuat anda terangkat!!

destinasi makan

destinasi makan

Alamat: Sup Urat Ketin, No. 20, Aras G, Jalan 15/1E, Seksyen 15

Waktu Operasi: 9 pagi – 1 pagi (setiap hari)

No. Telefon: +6012 735 7678

Status: Halal

 

2. The Host Coffee @ Bangi Gateway

Kepada peminat tegar kopi dan ice blended, inilah destinasi makan paling tepat. The Host Coffee terletak di Bangi Gateway dan mempunyai 2 cawangan. Lagi satu cawangannya terletak di Mydin Mall USJ, Subang Jaya. Apa yang menarik disini ialah ice blended dorang. Macam-macam perasa yang dihidangkan. Antaranya cappuccino, mocha, chocolate, green tea, vanilla, honeydew dan lain-lain lagi.

destinasi makan

destinasi makan

Kafe ini juga hidangkan Belgian Waffle yang rangup lagi lembut ini. Ngam pula dihidangkan bersama ais krim vanilla, sos coklat, sos karamel, sos strawberry, serbuk Oreo, kacang hancur dan peanut butter.




destinasi makan

 

Alamat: Lot PC-01, Ground Floor, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15

Waktu Operasi: 9 pagi -11 malam (Isnin-Ahad)

No. Telefon: +6018 2209390

Status: Halal




 

3. Ayam Penyet Bakar @ Pondok Malindo

Korang suka masakan Indonesia? Jom kita ke destinasi makan seterusnya iaitu Pondok Malindo untuk nikmati hidangan Ayam Bakar Penyet. Enak bangett dong!! Ayam berempah dibakar ini dihidang lengkap bersama nasi putih, sup, tempe goreng dan sayuran.

destinasi makan

Untuk yang sukakan hidangan berkuah pula, jangan lupa untuk cuba Lontong Malindo. Hidangan yang sedap berlemak ini sedap dimakan panas-panas!

destinasi makan

Alamat: Pondok Malindo, No. 8, Aras G-01 Jalan Medan PB 2A Medan PB2, Seksyen 9

Waktu Operasi: 11 pagi – 10 malam (Isnin – Ahad) (Tutup setiap Selasa)

No. Telefon: +603 8912 9695

Status: Halal

 

4. Creamy Butter Dory Fish @ Cartel Coffee Shop

Kepada yang mencari seafood, cubalah Creamy Butter Dory Fish di kafe moden ini. Ikan Dory kat sini digoreng hingga keemasan dan dihidangkan bersama sos Creamy Butter dan nasi putih. Memang sodap ekau oii!

destinasi makan

Bagi fan kopi pula jangan terlepas untuk mencuba minuman Signature Columbian Latte di sini. Kombinasi kopi dan ais krim yang digunakan menjadikannya seakan-akan dessert!

destinasi makan

Alamat: Cartel Coffee Shop, No. 11, Jalan 15/1D, Seksyen 15

Waktu Operasi:
10 pagi – 12 malam (Selasa – Ahad)
(Tutup setiap Isnin)

No. Telefon: +6017 390 3848

Status: Halal

 

5. Daging Tetel Goreng Jintan @ BungaLawang Cafe

Destinasi makan ini menyediakan lauk-pauk berinspirasikan masakan ibu. Disini dorang menyajikan lauk Daging Tetel Goreng Jintan yang cukup unik rasanya. Kepingan daging berlemak yang ditumis bersama rempah dan cili ini wajib dicuba sekurang-kurangnya sekali!

destinasi makan

Alamat: BungaLawang Cafe, No. 50, Aras G, Jalan 7/7B, Section 7

Waktu Operasi:
11 pagi – 12 malam (Selasa – Jumaat)
9 pagi – 12 malam (Sabtu & Ahad)
(Tutup setiap Isnin)

No. Telefon: +603 8922 9921

Status: Halal

 

6. Peruvian Chicken @ Denali & Pinnacles

Kafe comel ini cukup popular dengan pilihan masakan Barat yang sedap dan berpatutan, contohnya hidangan Peruvian Chicken ini. Pilih side dishes yang diingini dan nikmati ayam panggang anda bersama sos Jalapeno Mayo. Lain macam sedapnya!

destinasi makan

Alamat: Denali & Pinnacles, Lot 1-4, Aras 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, Off Jalan 3/70

Waktu Operasi:
5 petang – 2 pagi (Isnin – Ahad)
(Tutup setiap Selasa)

No. Telefon: +603 8912 5936

Status: Halal

 

7. Sate @ Maharaja Satay

Asalkan sebut je Bangi mesti suruh makan sate kat Kajang tu. Takpe, cuba dulu yang ni. Nikmati sate ayam dan daging yang lembut dan penuh flavour di sini, dicicah pula dengan kuah kacang likat. Simple dan sedap!

destinasi makan

Alamat: 
Maharaja Satay, Lot 59, Aras G, Jalan 7/7C, Seksyen 7

Waktu Operasi: 4.30 petang – 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6013 360 0508

Status: Halal

 

8. Bazooka Burger @ Port Cafe

Yang ni pula khas buat mereka berselera besar. Aippp, bukan semua yang berselera besar ni berbadan besar ya. Korang bolehlah cuba Bazooka Burger ni! Burger bakar double patty ini dipadankan dengan cheese, sayuran dan bun burger yang fluffy dan buttery.

destinasi makan

destinasi makan

Alamat: Port Cafe, No.7, Aras G, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9

Waktu Operasi: 
12.30 tengah hari – 11 malam (Isnin – Jumaat)
1.30 petang – 1 pagi (Sabtu & Ahad)
(Tutup setiap Selasa)

No. Telefon: +6016 555 6020

Status: Halal

 

9. Oreo Vanilla Waffle @ Paramount Coffee House

Kunjungi kafe ini untuk pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Oreo Vanilla Waffle ini. Waffle lembut ini dihidangkan bersama ais krim vanilla, buah strawberi segar, sos coklat dan serbuk Oreo. Yang ni sesuai buat mereka yang suka makan manis-manis. Diharapkan orangnya pun manis la ya.

destinasi makan

Alamat: Paramount Coffee House, No. 7-47-01 Seksyen 9, Jalan Medan Pusat Bandar 8A

Waktu Operasi: 8 pagi – 10.30 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6013 290 0067

Status: Halal

10. Basque Burnt Cheesecake @ The Caravan Cafe

Terkenal dengan pilihan dessert moden yang cukup menyelerakan, kunjungan ke kafe ini tidak lengkap tanpa mencuba Basque Burnt Cheesecake yang dihidangkan bersama krim putar dan berries ini!

destinasi makan

Alamat: The Caravan Cafe, No. 15, Aras G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9

Waktu Operasi: 12 tengah hari – 11.30 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 8211 3909




Status: Halal

 

11. Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Kedai ni memang speciality dorang ikan bakar. Admin memang nak tegaskan ikan bakar dia memang ummpphhh!! Satu kenyataan yang berani dari admin. Nak admin ulang lagi sekali tak?

destinasi makan

Ikan bakarnya dimasak dengan daun pisang dan dicurahkan dengan sambal petai. Bila ikan tu tengah masak, mula la naik baunya yang buat kita jadi meremang. Rugi kalau tak cuba. Memang 100% rekemen.

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi)




Waktu Operasi: 5 petang – 12.00 malam

No.Telefon: +6019-217 7668

Status: Halal

 

12. Restoran D’Bukit

Nak cari kedai ni memang senang sebab atas bukit. Admin rekemenkan destinasi makan ini untuk pilihan sarapan pagi. Roti canai yang lembut dan mee rebusnya yang enak memang buat korang nak order lagi. Harganya pula tak mahal kena dengan rasa yang sedap.

Servisnya pula memang tiptop. Pelayan yang ramah dan buat kerja memang macam lipas kudung. Order korang akan sampai dalam beberapa minit sahaja. Cumanya kena bersabar la kalau meja takde sebab kedai ni memang sentiasa penuh. Time raya je ada meja kosong sebab owner pun tutup kedai.

destinasi makan

Alamat: Jalan Dusun

Waktu Operasi: 6.30 pagi – 12 tengah hari

No.Telefon: +6019 664 4954

Status: Halal

 

 

Sekiranya anda mencari tempat makan best di Shah Alam, baca artikel disini

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply