Doraemon Bukan Bahan Tarikan Pelancong - Menteri – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Doraemon Bukan Bahan Tarikan Pelancong – Menteri

Published

on

Share the News!

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi  menafikan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Siapa yang tidak kenal dengan animasi popular, Doraemon. Pasti korang pernah menonton animasi ini kerana selalu ditayangkan ditelevisyen. Kalau tak tengok animasi pun, mesti pernah baca komik Doraemon ni kan?




Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Balai Seni Negara, Datuk Rashidi Hasbullah adalah bersifat peribadi dan bukan yang dipersetujui oleh kementerian bagi tujuan promosi TMM 2020, tegas Menteri tersebut.

“Saya tidak pernah meluluskan sebarang gerak promosi yang melibatkan watak kartun animasi Jepun itu dan ia sama sekali tidak termasuk dalam promosi kita.

“Sebaliknya, ia adalah kenyataan peribadi pengerusi beliau ketika menghadiri majlis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Mac lalu. Ia cadangan beliau dan jika perkara itu diangkat kepada saya, saya tidak akan luluskan,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Mohamaddin hari ini bagi mengelakkan kekeliruan umum berkenaan promosi negara menjelang TMM 2020 yang tular sejak semalam.




Jelasnya,  jika perkara mempromosi watak kartun animasi Jepun itu benar-benar berlaku, sudah pasti ia dijelaskan beliau ketika sesi sidang akhbar prestasi kementerian pada Isnin lalu.

“Perkara tersebut sama sekali tidak berlaku. Jika benar ia berlaku sudah pasti saya akan mengangkat perkara tersebut ketika sesi sidang media tempoh hari.

“Saya berharap orang ramai tidak terkeliru dengan apa yang diviralkan di media sosial dan saya berharap kenyataan ini dapat memberi gambaran jelas kepada umum.” katanya.

Tambah Mohamaddin jika benar beliau mahu mengangkat watak animasi, sudah semestinya beliau akan memilih watak kartun yang popular di Malaysia dan bukannya dari negara lain.




Sebelum ini, pengeluar animasi terkenal negara, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. memuat naik status Facebook menyelar penggunaan kartun dari luar negara untuk tujuan mempromosikan Malaysia.

Kalau nak promosi negara, eloklah pakai animasi buatan Malaysia. Banyak yang berkualiti tinggi dan disiarkan di pelosok dunia. Contohnya macam Upin Ipin, Boboiboy, Agen Ali dan sebagainya. Mmg best!

Lihat juga: Saksi Inkues Muhammad Adib Diugut

Sumber: Kosmo




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply