Dota 2 Major Kuala Lumpur Diumumkan – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Dota 2 Major Kuala Lumpur Diumumkan

Published

on

Share the News!

Dota 2 Major Kuala Lumpur sudah sah! Kejohanan berstatus Major ini akan diadakan di Malaysia buat pertama kalinya. Ia mendapat sokongan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut menghadiri sidang berita pra-acara yang diadakan di Kuala Lumpur.

dota major KLdota major KL

Pemain profesional Chai “Mushi” Yee Fung (Mineski) dan Yap “xNova” Jian Wei (PSG.LGD) turut hadir di sidang media.




Kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1juta dan akan berlangsung seperti info dibawah:

Date: 16-18 November 2018
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur

“Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat sukan di rantau ini kerana belia kami bersemangat tentang sukan. Oleh itu, mengadakan kejohanan antarabangsa seperti Major Kuala Lumpur adalah penting kerana ia menyediakan peluang untuk industri esports kami setanding dengan yang terbaik di dunia.”

“Kementerian berharap kerjasama lebih erat dengan organisasi sukan untuk mempercepatkan pembangunan esport di Malaysia. Ini penting kerana esport akan menjadi sukan kompetitif di Sukan Asia 2022,” kata Syed Saddiq.




dota major KLdota major KL

“Kami amat berbesar hati mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara Malaysia kerana membawa kejayaan terbesar Dota 2 di Malaysia untuk peminat di rantau ini.

dota major KLdota major KL

Tiket akan dijual bermula pada harga RM180 hingga RM600. Pelanggan Astro dan Umobile boleh menikmati pra-jualan tiket terhad dari 11 hingga 16 September, di mana pelanggan kami boleh menikmati diskaun 20% untuk tiket ke Kuala Lumpur Major.

RM180 / Ancient
RM330 / Divine
RM600 / Immortal

Untuk maklumat lanjut tentang kejohanan dan tiket, boleh log msuk ke sini www.thekualalumpurmajor.com




 

Lihat juga Tony Hawk: Jangan Putus Asa Fatin Syahirah

 

Sumber dari FB Orange Esport.DotA

Sumber dari Stadium Astro

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply