Selepas 8 Tahun, Pengakhiran Filem Inception Dirungkai – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Selepas 8 Tahun, Pengakhiran Filem Inception Dirungkai

Published

on

Share the News!

Inception bukanlah filem yang asing lagi dalam industri perfileman. Bagi sesetengah penggemar filem, hasil karya Christopher Nolan ini dilabelkan sebagai antara filem yang terbaik sepanjang zaman. Malah filem ini mendapat banyak anugerah serta pencalonan di pelbagai upacara anugerah perfileman seperti Academy Awards, Golden Globes, BAFTA Awards, dan lain-lain lagi. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Leonardo Di Caprio, Joseph Gordon-Lewitt, Ellen Page, Tom Hardy, dan ramai lagi.

Pengakhiran (“ending”) filem ini menjadi satu topik yang cukup hangat sejak pertama kali filem ini ditayangkan. Hal ini kerana filem ini terus tamat tatkala “totem” (alat yang digunakan oleh Leonardo untuk menentukan sama ada beliau masih berada di dalam mimpi ataupun di dalam realiti) milik Cobb (karektar lakonan Leonard0) masih berpusing, walaupun ianya seakan-akan hendak terhenti. Cobb jelas sekali mengendahkan “totem” nya kerana beliau hendak berjumpa dengan anak-anaknya yang telah beliau tinggalkan sekian lama.




Namun di dalam majlis “Film 4 Summer Screen”, Michael Caine, pelakon lagenda yang memainkan watak sebagai bapa Leonardo di dalam Inception telah menjawab segala persoalan yang berlegar-legar tentang pengakhiran filem ini. Ketika ditanya wartawan, beliau berkata:

“Apabila saya membaca skrip Inception, saya terkeliru. Dan saya bertanya kepada (Christopher) Nolan, saya tidak faham, yang mana satukah mimpi, dan yang mana satukan realiti? Lalu dia berkata, jika awak berada di dalam babak tersebut, itulah realiti. Jadi, fahamlah kan, jika saya berada di dalam babak itu, maka ianya realiti, dan jika saya tiada di dalam babak itu, maka inaya mimpi”

Ahkirnya terjawablah segala persoalan yang membuatkan kita tertanya-tanya selama 8 tahun. Cobb berada di alam realiti dan beliau akhirnya dapat berjumpa anak-anaknya. Kami sebenarnya memang berpendapat yang Cobb dan rakan-rakannya berjaya menamatkan misi mereka dan telah kembali ke alam realiti. Melihatkan pada “totem” Cobb yang hampir-hampir terhenti, ianya merupakan satu petunjuk yang membuktikan dunia manakah Cobb berada pada masa itu. Apapun, ini merupakan suatu pengakhiran yang baik buat watak yang kita sayangi. Bagi kami, Inception merupakan antara filem yang terbaik, serta karya Christopher Nolan yang sangat hebat disepanjang karier beliau sebagai pengarah filem.

 

Sumber: Time.com




 

Lihat juga post mengenai Reviu Hikayat Benladin

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply