Ferrari GTC4Lusso - Lambang Prestasi dan Keselesaan – EscaBytes
Connect with us

Automotif

Ferrari GTC4Lusso – Lambang Prestasi dan Keselesaan

Published

on

Ferrari GTC4Lusso

Pada Mac 2016, Ferrari GTC4Lusso telah diperkenalkan buat pertama kali diperingkat global. Tahun yang sama bulan September, satu daripada variannya telah tiba di Malaysia. Ia didatangkan dalam versi 3.9 liter V8 turbo GTC4Lusso T.

Ferrari GTC4Lusso

Model ini sangat unik kerana Ferrari membinanya sebagai sebuah kereta sport dengan empat tempat duduk. Ia mampu menempatkan dua penumpang dewasa dengan selesa di tempat duduk belakang.




Ferrari GTC4Lusso bernadikan enjin berkapasiti 6,262 cc V12 65-darjah. Jentera ini mampu menghasilkan sebanyak 507 kW (680 hp) pada 8,000 rpm manakala tork pula ialah sebanyak 697 Nm pada 5,750 rpm. Nisbah mampatan enjin ini ialah 13.5:1. Dari segi prestasi, ia mampu memecut dalam masa 3.4 saat sahaja dari 0-100 km/j. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 335 km/j.

Mari kita lihat pada ruang kabinnya. Model ini didatangkan dengan ruang yang cukup luas; terutamanya antara pemandu dan penumpang di depan. Pada bahagian belakang mempunyai dua lagi tempat duduk penuh yang mampu menempatkan orang dewasa, dengan ruang yang kelihatan sedikit terhad. Ruang barangan yang tersedia pula ialah 450 liter (800 liter jika tempat duduk belakang diturunkan).

Ferrari GTC4Lusso

Ferrari GTC4Lusso

Dari segi dimensi Ferrari GTC4Lusso ini adalah seperti berikut; 4,922 mm panjang, 1,980 mm lebar dan 1,383 mm tinggi. Berbanding model FF yang digantikannya, ia melibatkan pertambahan 15 mm panjang, 27 mm lebar dan 4 mm tinggi. Berat keseluruhan kereta ini berada sedikit di bawah dua tan.

Bagi pemandu, tiada tombol gear di tengah yang disediakan. Pada konsol utama ditengah itu hanya diletakkan beberapa butang, salah satunya R untuk gear undur. Semuanya menggunakan paddle shifter di belakang stereng. Sebetulnya, jika pemandu tidak “mengusik” gearnya, transmisi kereta ini akan berfungsi secara automatik sepenuhnya.




Ferrari GTC4Lusso

Jentera ini dipadankan dengan kotak gear F1 DCT tujuh-kelajuan. Pada lengkuk atas stereng, anda dapat lihat lampu penunjuk untuk penukaran gear – sama seperti pada jentera F1. Ia akan menyala sekiranya anda mengerah sepenuhnya pedal minyak dan sistem akan mengingatkan bila sepatutnya untuk menaikkan gear.

Untuk beralih ke gear Neutral, anda hanya perlu menarik kedua-dua paddle shifter berkenaan ke arah badan pemandu. Pada bila-bila masa anda terasa untuk mengawal kedudukan gear secara manual, gunakan saja paddle shifter yang sama untuk menaikkan atau menurunkan gear seperti yang diingini.

Bagi pemandu, hampir semua kawalan terhadap pemanduan tertumpu pada bahagian stereng sahaja. Perhatikan sterengnya; pertukaran mod pemanduan dilakukan melalui tuil kecil bahagian bawah sebelah kanan. Ia terdiri daripada tiga pilihan – Wet, Comfort, Sport – serta dua lagi pilihan lain untuk ESC Off dan juga pemanduan di atas salji. Penukaran mod boleh dilakukan ketika kereta sedang bergerak.

Bahagian sama di sebelah kanan pula terletak butang Start dan juga butang untuk talaan suspensi secara independen (dalam mod Comfort). Mekanisma untuk lampu isyarat juga berbeza; anda perlu menekan butangnya pada stereng atau menariknya dari bahagian belakang lanjutan butang yang sama – sama sekali tiada tuil digunakan seperti cara konvensional. Untuk lampu depan pula, ia dikawal melalui butang scroll yang terletak di atas pemilih mod pemanduan.




Ferrari GTC4Lusso

Terdapat tiga paparan skrin/meter atau paparan dalam kereta ini. Pertama, pada kluster meter digital untuk rujukan pemandu, dan kedua di tengah-tengah papan pemuka. Akhir sekali ialah skrin melintang yang sedikit tirus untuk rujukan dan kawalan penumpang; yang ditengah dan untuk penumpang merupakan skrin sentuh, dan penumpang boleh mengawal sebahagian daripada perkara berkaitan kenderaan ini dari tempat duduknya.

Model ini dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda 4RM dengan ciri Side Slip Angle Control (SSC4) generasi keempat (model V8 menggunakan versi SSC3). Dalam cuaca kering, lengkuk selekoh sangat ditunggu-tunggu. Anda boleh melayan selekoh dengan yakin dan masuk saja dengan cara bagaimana yang dikehendaki.

Model ini menggunakan rim 20-inci dengan tayar bersaiz 245/35 ZR20; 8.5” J di depan manakala di belakang menggunakan saiz 295/35 ZR20; 10.5” J.

Ferrari GTC4Lusso

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba iaitu harga. Ferrari GTC4Lusso ini dijual pada harga asas RM 1.16 juta tidak termasuk cukai, duti dan pilihan customization lainnya. Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua varian Ferrari GTC4Lusso (V12) dan Ferrari GTC4Lusso T (V8) ada ditawarkan. Jom pecah tabung tengok cukup ke tak nak angkut satu buat pegi pasar….




Gambar: Paultan.org

 

 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hyundai i30 N, klik disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.