Galaxy Watch, Jam Tangan Pintar oleh SAMSUNG – EscaBytes
Connect with us

Teknologi

Galaxy Watch, Jam Tangan Pintar oleh SAMSUNG

Published

on

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Watch. Jam tangan pintar itu kini ditawarkan di pasaran tempatan seperti yang diumumkan Samsung Malaysia.

Galaxy Watch

Galaxy Watch

Samsung Galaxy Watch hadir dalam dua variasi, iaitu 46mm dan juga 42mm. Jam pintar ini menggunakan rekaan muka jam bulat, dilengkapi skrin sentuh dan menawarkan sokongan kalis air supaya boleh digunakan ketika berenang.




Jam ini juga ditawarkan dalam tiga warna iaitu Silver, Midnight Black dan Rose Gold.

Galaxy Watch

Menurut Samsung, ia mampu digunakan sehingga lebih 80 jam lamanya. Selain itu, pengguna juga boleh menghubungkan jam tangan pintar terus ke telefon pintar dan mengikuti pelbagai notifikasi terus ke Galaxy Watch.

Jam tangan pintar ini akan dipasarkan bermula 5 Oktober 2018. Bagi mereka yang ingin membuat pra-tempahan, ia telah dibuka esok hingga 4 Oktober 2018.

Galaxy Watch

Galaxy Watch

Pengguna yang membuat pra-tempahan juga akan menerima tali jam tambahan bernilai RM109.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM1199 untuk model 42mm, manakala versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM1299.




Sumber: Samsung Malaysia

 

Lihat artikel mengenai iPhone Xs dan iPhone Xs Max disini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.