Genting Saman Fox dan Disney lebih RM4 Billion – EscaBytes
Connect with us

Perniagaan

Genting Saman Fox dan Disney lebih RM4 Billion

Published

on

genting saman fox disney

Walt Disney (Disney) dan Twenty-First Century Fox Inc (Fox) telah didakwa dan disaman lebih daripada RM4 bilion pada hari Isnin oleh pengendali kasino Genting Malaysia Bhd (Genting). Dilaporkan, Genting menuduh mereka meninggalkan kontrak yang berkaitan dengan pembinaan taman tema berjenama Fox pertama yang dirancang sebelum ini.

Genting berkata, “seller’s remorse (penyesalan penjual)” yang disebabkan oleh Fox, dengan bantuan Disney, melanggar kontrak tahun 2013 dengan Fox Entertainment Group untuk melesenkan harta intelek bagi Fox World. Ia adalah tambahan kepada kompleks Resorts World Genting yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.




Disney tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen. Dan Berger, jurucakap Twentieth Century Fox Film, salah seorang defendan, juga enggan mengulas.

Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, di Los Angeles ketika Disney bersiap untuk menyelesaikan pembelian aset Fox sebanyak RM300 bilion, yang dijangka pada suku pertama 2019.

Genting berkata permasalahan itu bermula apabila Fox yang ‘merancang’ sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memaksa rundingan semula kontrak itu.

Tetapi menurut aduan itu, Disney kini mahu menamatkan kontrak kerana tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat kasino. Dikatakan ia tidak sesuai dengan strategi jenama Disney yang “mesra keluarga”. Genting berkata Fox mengeluarkan “default notice atau notis lalai” dengan harapan untuk menamatkan kontrak dengan Genting.




“Memandangkan FEG tidak mempunyai hak untuk menamatkan Perjanjian, Fox dan Disney bertanggungjawab atas apa yang akan melebihi empat billion ringgit dalam ganti rugi yang disebabkan oleh kelakuan buruk dari Fox dan Disney,” kata aduan tersebut.

Genting berkata ia telah membuat “pelaburan bernilai RM3.15 billion” di Fox World. Ia juga mencari ganti rugi punitif.

Resorts World Genting mempunyai kasino  yang sah di Malaysia, tujuh hotel, pusat membeli-belah, tempat persembahan, lif gondola dan banyak restoran, bar dan kelab. Lebih daripada 23 juta orang melawat setiap tahun.

Lihat juga Avengers 4 Dijangka Jadi Filem Terpanjang MCU




Sumber: Investing.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perniagaan

Saham MyEG Melonjak Semula

Published

on

By

saham myeg melonjak

Saham MyEG Services Bhd melonjak semula. Para pelabur memasuki stok pada harga yang lebih rendah berikutan penurunan mendadak pada hari Jumaat (19 Oktober 2018). Saham ini menjadi saham yang paling aktif diniagakan semalam dengan 175.6 juta saham bertukar tangan. Ia naik 25 sen, atau 20%, untuk ditutup pada RM1.38.

myeg

Graf saham MyEG dalam tempoh 5 hari. Sumber Google.

Syarikat itu memberitahu Bursa Malaysia selepas dagangan berakhir pada hari Jumaat bahawa ia telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa ia tidak disiasat berhubung dakwaan terhadap bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Harga saham MyEG merosot serendah RM1.05 pada hari Jumaat selepas syarikat itu dikatakan terbabit dalam pertuduhan terhadap Ahmad Zahid Hamidi.




“Dengan penjelasan SPRM, kami percaya kelemahan harga baru-baru ini boleh menjadi peluang untuk mengumpul stok,” kata CIMB Research.

Stok itu digantung pada petang Jumaat. MyEG kemudian mengeluarkan beberapa kenyataan untuk menjelaskan perkara itu. Ia berkata kedua-dua syarikat dan lembaga pengarahnya tidak mengetahui tentang Perunding & Perkhidmatan Mastoro Kenny IT yang dinamakan dalam pertuduhan terhadap Ahmad Zahid. Syarikat itu juga disebut dalam dakwaan terhadap Ahmad Zahid tetapi menafikan sebarang penglibatan Jumaat lepas dalam pemfailan Bursa Malaysia.

CIMB Research berkata para pelabur perlu memanfaatkan penurunan harga yang curam. Pusat penyelidikan itu berkata dengan mengandaikan bahawa MyEG merekrut dan mendaftarkan 50,000 pekerja asing baharu setiap tahun, syarikat itu boleh menjana kira-kira RM100 juta setiap tahun.

“Kami faham bahawa syarikat itu boleh menjana pendapatan RM2,000 setiap pekerja asing baharu. Dengan mengandaikan margin keuntungan bersih sebanyak 50%, keuntungan bersih tahunan MyEG boleh meningkat sebanyak RM50 juta,” kata CIMB.




Firma itu telah mengekalkan harga sasarannya sebanyak RM1.81 untuk saham itu, menilai syarikat itu pada 21 kali keuntungan yang diunjurkan pada tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2019.

Lihat Juga Tun M Kecewa, Sedia Letak Jawatan Jika Perlu

Sumber: The Star

Continue Reading

Perniagaan

Nazir Razak Letak Jawatan Disember 2018

Published

on

By

nazir-razak-cimb

Nazir Razak akan letak jawatan sebagai Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) dan jawatan-jawatan lain 31 Disember 2018. Adik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ini telah berkhidmat dengan CIMB sejak 29 tahun yang lepas bermula 1989. Ia termasuk semasa beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu selama 15 tahun.

Menurut Nazir Razak dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pengarah CIMB akan melancarkan pelan penggantian bagi menentukan siapa akan pegang jawatan tersebut serta tarikh penyerahan tugas.




Lihat juga Muhammad Shafee Tetap Teruskan Pembelaan Najib Razak

CIMB berkembang pesat bermula dengan francais kewangan korporat, menjadi bank pelaburan utama Malaysia, seterusnya menjadi bank universal utama di ASEAN.

Kumpulan perbankan itu disenaraikan pada 2003 dengan aset RM9.6 bilion dan permodalan pasaran RM1.5 bilion. Setakat 30 Jun 2018, aset kumpulan tersebut berjumlah RM515 bilion, dengan permodalan pasarannya ketika ini berjumlah RM58 bilion.

Mengulas mengenainya, Nazir berkata, adalah sukar untuk mencari masa terbaik bagi meninggalkan CIMB, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lewat, namun sentiasa meletakkan kepentingan syarikat itu di fikiran.




Lihat juga Najib – Jangan Marah Peminjam PTPTN

“Sejak beberapa minggu lalu, saya telah mengambil masa untuk memikirkannya dan membuat keputusan inilah masa paling sesuai untuk pergi apabila pelan penyusunan semula empat tahun CIMB yang dilancarkan pada 2014, T18 selesai. Tambahan pula, misi kerjaya saya adalah untuk membina CIMB menjadi institusi kewangan utama ASEAN.

“Pada 2014, CIMB melaksanakan peralihan CEO pertama sebagai bank universal dan memulakan T18 bagi mengukuhkan struktur, proses selain semak dan imbang sebuah organisasi yang dibina pantas bagi transformasi serta pengembangan serantau. Ketika T18 semakin hampir tamat, CIMB kini kukuh dari segi kewangan, mantap dari segi organisasi dan teguh dari segi institusi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Instagram

Nazir Razak juga memuat naik gambar di Instagram miliknya menjelaskan perletakan jawatannya.




nazir-razak-instagram

 

Trivia mengenai Dato Seri Nazir Razak:

Tarikh Lahir: 19 November 1966
Keturunan: Bugis
Isteri: Dato ‘Azlina Aziz (anak perempuan kepada Tan Sri Aziz Taha, bekas gabenor Bank Negara Malaysia)
Anak: 2 orang
Sekolah: St. John Institution, Sekolah Alice Smith, Oundle School di United Kingdom
Universiti: Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Politik, University of Bristol. Master of Philosophy dalam Ekonomi Pembangunan dari University of Cambridge. Fellow Chevening di Pusat Oxford untuk Pengajian Islam

Sumber
Utusan Online
Astro Awani 
Wikipedia

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes