Hannah Delisha - "Babak Berkemban Bukan Satu Umpan" – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Hannah Delisha – “Babak Berkemban Bukan Satu Umpan”

Published

on

Hannah Delisha
Share the News!

Hannah Delisha, menganggap babak berkemban lakonannya dalam Langsuir bukanlah sebagai cubaan untuk mengumpan orang ramai menonton filem terbabit. Amboi, laju je kau ye bila sebut perkataan berkemban…

Menurut Hannah Delisha yang berusia 21 tahun, babak berkenaan juga bukan eksploitasi terhadap tubuhnya. Sebaliknya ia dipersembahkan sedemikian kerana dilihat bersesuaian dengan jalan cerita.




Menerusi filem terbaru arahan Osman Ali itu, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini dipaparkan berkemban ketika menjayakan babak sedang mandi. Hannah menyedari babak berkemban ini pasti akan mengundang kecaman netizen. Namun, dia sudah bersedia untuk menghadapinya.

Hannah menegaskan babak berkemban itu bukanlah diadakan sekadar suka-suka, sebaliknya sesuai dengan adegan dia sedang mandi. Walau bagaimanapun, Hannah berpesan kepada pengarah supaya ia tidak kelihatan terlalu seksi.

Mengulas lanjut, Hannah memberitahu, walaupun dirinya bersikap terbuka, namun ada syarat tertentu yang harus dipatuhi sebelum dia menyatakan persetujuan menjayakan babak sedemikian. Dia telah meminta kepada pengarah supaya sebahagian tubuhnya ditutup oleh baju.

Selain berkemban, calon awal kategori Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-31 itu turut melakonkan babak rogol bersama pelakon, Firdaus Nadxaman, yang juga penerbit filem terbabit.




Hannah Delisha

Naskhah terbitan Guam TeamWork Sdn Bhd dan Nuansa Films itu juga membariskan pelakon seperti Syafiq Kyle, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi. Ia bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 20 September ini.

Jangan risau Hannah, abang tetap ada disisi……

 

Pasaraya Datuk Rosyam Nor berjaya tarik lebih 5000 pengunjung. Berita penuh disini.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply