Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Published

on

Hannah Delisha
Share the News!

Bintang baru ini sedang menempa nama dalam industri seni tanah air. Hannah Delisha, 22 tahun selain memiliki wajah yang comel, gadis berasal dari Singapura ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan yang sangat mantap.

Hannah Delisha

Namanya mula dikenali ramai selepas kemunculan di dalam drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer. Drama itu menyaksikan Hannah bergandingan dengan pelakon sensasi lelaki, Syafiq Kyle yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat.




Ok lah. Tak nak bebel banyak sangat. Jom kita berkenalan dengan pelakon comel molek bernama Hannah Delisha ini.

Hannah Delisha 1

Biodata:
Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Artis: Hannah Delisha
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Warganegara: Singapura
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya:
Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk

Hannah Delisha

Single Lagu:
Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Drama: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang

Twitter: twitter.com/hannahdelisha
Facebook: facebook.com/delishafanpage
Instagram: @hannahdelisha




Kerjaya:

Hannah Delisha

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”. “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2017, Hannah kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

 

Hannah Delisha

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.




Untuk pengetahuan anda, ibunya merupakan penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Hannah Delisha

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14. Ia merupakan satu kejayaan bermakna buatnya apabila menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Bahkan, ia memang tidak disangka-sangkakan Hannah kerana dia hanya berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih sahaja.  Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.




Apa-apa pun, min ucapkan semoga berjaya kepada Hannah dalam setiap apa yang diceburi. Semoga teruskan memberi persembahan yang baik dalam setiap lakonan demi peminat-peminat Hannah. Kalau jumpa min roger-roger…

Nah min belanja sikit suara Hannah mempromosikan single terbarunya, Tak Perlu Kata Apa-Apa…

Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa”. Lihat artikel penuh disini.

Sumber: Instagram

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply