Hiburan
Hantu Kak Limah Pecah Rekod Sejarah Kutip RM20.5 Juta!!!

Filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold sekali lagi menggegar industri tanah apabila mencatat rekod keempat dengan memungut sebanyak RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan sahaja. Betul-betul bergegar ni!!!
Fenomena ini menjadikan Hantu Kak Limah sebuah filem yang mendapat kutipan tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Sebelum ini, rekod ini dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya memperolehi kutipan RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Bukan itu sahaja, kejayaan ini sekali gus mencipta rekod baharu industri filem tempatan sebagai filem pertama yang berjaya meraih kutipan lebih RM20 juta. Seluruh krew produksi termasuk pengarah, Mamat Khalid , barisan pelakon dan pekerja filem meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura.Selain tiu, penghargaan ini juga dirakamkan buat rakan media yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan paling pecah panggung terbesar sepanjang zaman dalam industri tanah air kita.
Filem komedi seram ini masih rancak ditayangkan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Sumber: Sinar Harian
Lihat pautan mengenai Ismail Izzani Dikatakan Sombong disini

You must be logged in to post a comment Login