Hasnul Umum Letak Jawatan Presiden PAFA – EscaBytes
Connect with us

Sukan

Hasnul Umum Letak Jawatan Presiden PAFA

Published

on

Hasnul
Share the News!

Setelah pasukan Perak berjaya menjulang Piala Malaysia, foto Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim posing dengan piala berprestij itu di celahan kangkangnya telah tersebar luas.

Hasnul

Foto yang mendapat kecaman hebat daripada ramai pihak. Mereka berpendapat tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak supaya Hasnul meletakkan jawatannya. Namun, Hasnul kemudiannya membuat kenyataan media untuk mempertahankannya.




Umum Letak Jawatan

Akhirnya Hasnul telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu semalam. Pengumuman mengejutkan itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA. Walau bagaimanapun, dia masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Hasnul

Beri Tumpuan Kerjaya Politik

Menurut Hasnul, keputusan yang diambilnya itu bukanlah atas desakan mana-mana pihak. Ia dilakukan kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada kerjaya politik dan tugas sebagai seorang pemimpin di DUN Titi Serong.

Sebab-sebab perletakkan jawatan ini, saya fikir ada fokus lebih besar untuk saya sebagai seorang pemimpin kerajaan negeri dan juga kerjaya politik.

Tidak ada desakan daripada mana-mana pihak. Cuma saya memikirkan ada sesuatu yang saya perlu fikirkan secara positif. Sejak menilai seminggu dua ini, penumpuan kerja saya agak sedikit terganggu.

Fokus saya (kepada PAFA) tidak pernah hilang, sehinggalah kepada lewat sehari dua ini, saya kira perlu melakukan sesuatu. Sukan ini perlu diteruskan dengan cara yang lebih sihat.

Tidak ada unsur-unsur yang cuba menyakiti pihak lain, dan saya tegaskan kami yang berada di sini tiada kepentingan peribadi dalam menerajui PAFA.

Janji Telah Ditunaikan

Hasnul

Tambahnya lagi, tempoh diberi jawatan itu selama hanya lima bulan merupakan tempoh yang cukup mencabar untuknya. Dia turut menegaskan telah menunaikan janjinya membawa Piala Malaysia ke Perak seperti dinyatakan dalam satu sidang media.

Tempoh lima bulan yang saya menerajuinya (PAFA) ialah satu tempoh yang sangat mencabar, satu pengalaman hidup yang sukar diperolehi oleh mana-mana orang.

Ketika saya memegang jawatan ini dalam sidang media pertama saya, saya (mengatakan) ingin membawa pasukan Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya kira saya telah melaksanakannya, dan pada masa yang sama siapa sangka Perak menjuarai Piala Malaysia setelah 18 tahun kita menagih piala itu ke bumi Perak.

Apa-apa pun, diharapkan ia menjadi satu pengajaran kepada YB supaya fikirlah dulu sebelum buat apa-apa tindakan. Paling penting sekali bila nak update apa-apa status di media sosial. Ate teman pun idak ler setuju YB buat rope itu. Mne maunye piala tu diletak kt celah kangkang mike. Nasib ler mike tak bubuh gulai tempoyak dalam piala tu….




 

Berita berkaitan: The Bos Gaurus Tamatkan Kemarau 18 Tahun!!!!

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply