Instagram Faiz Roslan Yang Baru: thefaizdutchess [dikemaskini] – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Instagram Faiz Roslan Yang Baru: thefaizdutchess [dikemaskini]

Published

on

Share the News!

Faiz Roslan, personaliti Instafamous telah membuat akaun Instagram yang baru: thefaizdutchess. Gempar beberapa bulan yang lalu, dia telah memuat naik video klip parodi kontroversi di Instagramnya thefaizroslan. Dalam parodi lagu Syantik itu, Faiz memakai pakaian wanita yang ‘seksa’ sambil menari dan berkelakuan agak lucah.

thefaizdutchess
Video tersebut mendapat kritikan dari netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap tidak menghormati agama Islam dan adat norma ketimuran. Paling mendapat perhatian, Dai’ Wan menegur Faiz Roslan melalui Instagram dan mereka dijemput ke rancangan televisyen Motif Viral untuk menjelaskan situasi yang berlaku.




Dalam bulan Ramadhan yang lepas pula, dia sekali lagi viral di media sosial setelah membuat video pengakuan yang dia tidak berpuasa dan tidak mahu menipu diri sendiri kerana tidak solat. Rentetan daripada isu ini, kritikan yang lebih keras daripada netizen dilemparkan terhadapnya. Faiz bertindak menutup laman Instagramnya, thefaizroslan.

Lihat juga Transgender Disarankan Guna Tandas OKU

Setelah lama menyepi, Faiz Roslan kini membuka laman instagram baru, thefaizmaryjoint. Setakat ini, jumlah ‘follower’ sudah hampir 20,000. Konsep yang sama seperti dulu, video-video lakonan dengan memakai pakaian wanita dan parodi dimuatnaik. Tetapi, penampilannya adalah lebih ‘garang’ daripada sebelum ini. Antara video yang dimuatnaik: dia memakai baju jarang hingga menampakkan tubuh sambil ‘catwalk’ di atas pentas.

Faiz Roslan seperti tidak serik-serik dengan kritikan yang diterimanya sebelum ini. Penyesalan dan permohonan maafnya sebelum ini seolah-olah tidak terkesan dan perubahan olehnya. Sensitiviti netizen yang beragama Islam hendaklah dijaga. Lagi-lagi pula dengan isu LGBT yang tular dewasa ini.




Adakah netizen setuju dengan penampilan terbaru Faiz Roslan ini?

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply