Isu Kuil Maha Mariamman Semakin Parah!!! – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Isu Kuil Maha Mariamman Semakin Parah!!!

Published

on

TERKINI!!!!! Seramai 2,000 orang masyarakat India berkumpul di hadapan kuil Maha Mariamman sejak 8 malam tadi susulan insiden di rumah ibadat itu awal pagi semalam.

kuil Maha Mariamman

Mereka mula memenuhi laluan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), sekali gus yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk menghala ke Shah Alam.




Ditahan Lebih Sejam

kuil maha mariamman

Kredit Foto : NSTP

Sebanyak tujuh trak Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di hadapan kuil berkenaan jam 10.30 malam bagi mengawal keadaan. Bagaimanapun trak berkenaan termasuk kenderaan orang awam tidak dapat bergerak sejak sejam lalu apabila ditahan kumpulan berkenaan.

Kereta Kena Pecah!!

kuil maha mariamman

Salah sebuah kereta orang awam yang melalui jalan berlakunya rusuhan itu juga dipecahkan.

 kuil maha mariamman

Sebelum itu, kira-kira jam 9 malam tadi, sebuah kereta Perodua Kembara milik orang awam yang lalu di hadapan kuil ditahan dan dipecahkan. Sehingga jam 11.30 malam, pasukan FRU tidak dapat melakukan sebarang tindakan kerana dihalang memasuki lokasi.

18 Kenderaan Dibakar

Media melaporkan sebanyak 18 kenderaan dibakar dan sebuah MPV polis dibaling batu dalam kejadian rusuhan di tapak kuil berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.




Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil Maha Mariamman itu menjadi punca pergaduhan berkenaan.

Perlu Diselesaikan Dengan Segera…

Kepada menteri berkaitan terutama MENTERI PERPADUAN, jalankan tanggungjawab anda sekarang sebelum perkara ini menjadi lebih teruk. Kemerdekaan yang kita peroleh selama ni patutnya dijaga bukan untuk dicemari….

Berita berkaitan: Gempar: Rusuhan di Kuil USJ, Bukan Isu Perkauman!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.