JPP PKR akan siasat Rafizi - Wan Azizah – EscaBytes
Connect with us

Politik

JPP PKR akan siasat Rafizi – Wan Azizah

Published

on

JPP

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan menjalankan siasatan terhadap kenyataan calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli berhubung dakwaan pemilihan parti itu ‘diselubungi’ dengan politik wang.

Wan Azizah Tidak Tahu Isu Politik Wang

Presiden PKR,  Datuk Seri Dr Wan Azizah menegaskan beliau mengakui tidak mengetahui perkara itu yang baru diketahui setelah ditanya media hari ini.




“Awak (wartawan) dah tanya, sekarang baru saya tahu.

“Kita akan siasat (dakwaan Rafizi), JPP yang akan siasat (dakwaan itu),”

Politik Wang Semakin Berleluasa

Semalam, Rafizi mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan. Bekas Ahli Parlimen Pandan itu yang merujuk pihak bertanggungjawab sebagai ‘sebelah sana’ mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini.

“Ada perkara yang buat saya tidak tidur lena (selepas melalui pemilihan di enam negeri). Minggu depan (Sabtu ini), saudara-saudara akan bersaing dalam peringkat cabang dalam satu suasana yang tidak pernah kita tengok… dengan wang bertaburan di bawah.

“Anda akan berhadapan saingan peringkat cabang yang ada (pihak) sumbangkan wang (kepada) satu cabang RM100,000, RM200,000 untuk berdepan saudara-saudari.

“Ada tempat di negeri lain yang (pemilih) ditawarkan satu undi RM100. Saya sebut awal-awal supaya anda semua jangan terkejut.

“Sebab itu (ada pihak) buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Ada yang tawarkan) undi akan dapat projek,” katanya.

Rafizi menentang penyandang kerusi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada pemilihan parti itu.

 

Pembantu Najib Razak Buat Laporan Polis. Berita penuh disini.

Politik

Dr Mahathir: Malaysia dan Singapura Seperti Kembar

Published

on

By

malaysia singapura kembar

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura seperti saudara kembar.

“Malaysia dan Singapura seperti kembar, cuma mungkin saudara kembar yang lebih tua adalah sedikit lebih besar berbanding saudara kembar yang lebih muda.




“Seperti kebanyakan negara, akan ada perbezaan dan ada persaingan di antara kita.

“Bagaimanapun, ia akan membantu kami berkembang dengan lebih pantas,” katanya dalam catatan Facebook pada Khamis (6 Dis).

Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong kerana menerima beliau di Sidang Kemuncak Asean bulan lepas.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan mendakwa kapal-kapal kerajaan Malaysia telah menyerang perairan teritori di Tuas dengan 14 pencerobohan setakat ini.




Dalam satu kenyataan, beliau juga berkata Singapura telah memutuskan untuk melanjutkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas menerusi Pemberitahuan Maritim dan Pelabuhan Singapura (Had Pelaburan) (Pindaan) 2018.

Lihat juga Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Sumber: The Star

 

Jumlah Lawatan: 61




Continue Reading

Politik

Cukai Pintu di Terengganu Dihapuskan

Published

on

cukai pintu

Berita baik buat rakyat Terengganu. Tiada lagi cukai pintu yang perlu dibayar mulai tahun depan. Ia telah diumumkan Kerajaan negeri melalui Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Dalam pembentangan itu, Ahmad Samsuri telah mengumumkan perkara mengenai pengecualian cukai taksiran. Kiraan cukai tertunggak juga dihapuskan bagi semua premis kediaman berkuat kuasa 1 Januari 2019.




Penuhi Janji Manifesto

Langkah menghapuskan cukai pintu itu dilaksanakan bagi memenuhi janji manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menurut Ahmad Samsuri, inisiatif itu membabitkan peruntukan sebanyak RM14.7 juta setahun.

Masih Mampu Menampung

“Memanglah pengecualian cukai ini akan sedikit sebanyak memberi kesan, tetapi kita yakin akan dapat menampungnya menerusi prestasi cekap PBT (pihak berkuasa tempatan),” 

Lagi Berita Gembira Buat Orang Ganu

Menteri Besar Terengganu itu juga mengumumkan pelaksanaan Program Pemberian RM300 untuk belia anak Terengganu mendapatkan lesen motosikal.

“Belia digalakkan memiliki lesen motosikal selaras dengan pematuhan undang-undang jalan raya dan membuka peluang lebih luas untuk pemilikan kerjaya,”

Bukan itu sahaja, sebanyak RM17 juta diperuntukkan untuk mengagihkan Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada setiap keluarga daripada golongan miskin.

“Kad ini membolehkan mereka menerima perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan selain boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta,” 

Untunglahhh rakyat Ganu, rakyat negeri lain entah bila la nak merasa…hehehe

 

Lihat juga berita mengenai Rusuhan di Kuil USJ.




Continue Reading

Politik

Khairy Tempelak Lokman Pulakk

Published

on

Khairy
Sumber: Free Malaysia Today

Selepas Najib Razak ditempelak Khairy Jamaluddin, hari ini giliran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pula menerima nasib sama ditempelak Ahli Parlimen Rembau itu.

Tetapi kali ini, Khairy mengingatkan Lokman perkara pertama akan dilakukannya sekiranya menjadi Presiden UMNO adalah memecat beliau kerana mempunyai tahap kepintaran yang rendah.




“IQ of a carrot”

“You better pray I Don’t become President of UMNO. First Thing I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot”
Maksud Khairy ialah (Lebih baik anda berdoa saya tidak menjadi Presiden UMNO. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah memecat anda kerana mempunyai IQ yang rendah).

Meroyan seperti orang datang bulan

Lokman dalam tulisannya di sebuah portal berita hari ini menyifatkan bekas ketua pemuda UMNO itu “meroyan seperti orang datang bulan” merujuk pada tindakannya yang menemplak Najib semalam.

Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) semalam menempelak kenyataan Najib, bahawa kekalahan (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).

BN Tewas Kerana 1MDB

Beliau menyatakan BN tewas pada PRU-14 akibat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)

Berhenti Bermimpi Jadi Presiden

Lokman dalam tulisannya itu berkata beliau tidak pasti apakah masalah Khairy. Katanya Khairy meroyan seperti orang datang bulan apabila mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB.




“Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menuding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO”

KJ Kena Sindir Dengan Lokman

Lokman pula sindir Khairy untuk nilai semua aktivitnya itu samada jadi model sambilan itu berjaya atau tidak menarik minat orang muda untuk menyokong BN.

“Sepatutnya, selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN,” 

 

Macam-macam la korang ni. Elok la tu bergaduh sama sendiri. Sepatutnya berganding bahu sama-sama selesaikan masalah dan bekerja keras untuk meraih semula kepercayaan rakyat.

Najib Razak Salah Kutipan PTPTN Berkurang?Berita penuh disini

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes