Kedai Makan Sedap Dan Berbaloi Di Shah Alam – EscaBytes
Connect with us

Selera

Kedai Makan Sedap Dan Berbaloi Di Shah Alam

Published

on

Kedai Makan Shah Alam
Share the News!

Sebut sahaja Shah Alam, apa yang terdetik dalam kepala otak admin ialah sebuah bandar yang kaya dengan kedai makan yang best, murah dan sedap. Harga yang ditawarkan pula berbaloi dan murah. Faktor utama mengapa harga makanan disana murah kerana di sana mempunyai ramai pelajar universiti dari UiTM, UNISEL, dan lain-lain lagi. Jadinya, ia sebagai salah satu strategi peniaga-peniaga makanan di sana untuk menarik perhatian para pelajar untuk datang ke kedai mereka.

Tidak peliklah sekiranya anda datang ke sini, anda akan dapat lihat begitu banyak kedai makan yang dipenuhi pelajar-pelajar kolej dan universiti.

Maka, hari ini admin kongsikan sedikit senarai beberapa restoran, kedai makan dan kafe sedap yang bolehlah anda mencuba nasib. Admin dah pergi dan memang puas hati bersesuaian dengan harganya yang murah dan rasa yang sedap. Lepas ni jangan tanya lagi soalan-soalan paling admin benci, “nak makan ape?”, “nak makan kat mana?”.

1. Nasi Kukus RZ, Seksyen 7

Restoran Nasi Kukus RZ antara nama yang tidak asing lagi di Shah Alam. Mereka memberi kuasa mutlak untuk pengunjung memilih bahagian ayam yang ingin dimakan. Takde la macam sesetengah kedai. Bila mintak bahagian ayam tertentu dah mula tarik muka. Sesiapa yang berkunjung ke sini pasti akan menyukai kuah gulai yang dihidangkan kerana rasanya memang lemak habis.

Sambal belacan yang dihidang juga sedap dan memang sangat kena jika digaulkan dengan gulai tersebut. Harga bagi setiap hidangan nasi kukus pula adalah sebanyak RM6. Memang tempat yang ideal buat pelajar menikmati makan tengahari mereka. Selain nasi kukus, anda dinasihatkan untuk mencuba rasa dadih susu yang dijual di sini. Memang sedap!

Alamat: Jalan Plumbum AA/7AA, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 8am – 2am (Sabtu hingga Khamis) / 3pm – 2am (Jumaat)
No. Telefon: 013-744 4440

Big thumb 7a63

Big thumb 1d1c

 

 

 

 

 

 

 

 

Big thumb ed85

 

2. Mee Ketam KL, Seksyen 7

Sukakan makanan laut tetapi mahukan yang murah dan under bajet? Restoran Mee Ketam KL, yang terletak di Seksyen 7 ini adalah lokasi paling tepat untuk anda kunjungi. Bayangkan dengan bajet di bawah RM10, anda boleh menikmati mee kari ketam dan bihun sup ketam yang sangat sedap.

Di kedai makan ini, saiz ketamnya juga boleh tahan besar dan pasti anda akan berasa puas sewaktu menikmatinya. Selain ketam, anda boleh mencuba udang galah, udang harimau, lala dan banyak lagi makanan laut yang lain. Serius best!

Alamat: Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B, 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 11.30am – 1am (Isnin-Ahad), 5pm-12am (Jumaat)
No. Telefon: 011-37964239

Big thumb fb3aBig thumb 4176Big thumb 6125

 

3. Kedai Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya

Masakan kelantan adalah antara masakan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Jadi buat anda yang menyukai masakan kelantan, apa kata anda try Nasi Kak Wok di Kedai Nasi JJ Kak Wok. Kedai makan ini di TTDI Jaya

Rasa ayam goreng kunyit yang asli dimakan pula dengan nasi yang panas lembut berserta ayam dipotong kecil goreng garing, ia pastinya bakal membangkitkan selera sesiapa yang mencubanya. Bukan itu sahaja, kuah gulai yang dihidangkan di kedai makan ini memang pekat dan memberikan rasa yang sangat autentik apabila dimakan sekali dengan sambal belacan yang sangat padu. Bak kata orang sampai melekat baunya pada tangan. Hehe… Restoran ini amat sesuai untuk student kerana satu set Nasi Kak Wok hanyalah berharga RM6 sahaja.

Alamat: Kedai Nasi JJ, No 50, Jalan Opera J U10/J, Taman TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 8.30am – 6pm (Isnin-Jumaat), 8.30am – 3pm (Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: 012-685 7674

Big thumb 291d

Big thumb 802b

 

4. Nasi Bukit Padang Jawa

Dengan melihat nama kedai makan ini saja pun kita sudah tahu ia menyediakan makanan dengan portion yang besar. Nasi Bukit Padang Jawa memang sangat dikenali dalam kalangan pelajar di sana. Mana tidaknya satu pinggan nasi boleh dikongsi oleh 2-3 orang.

Terdapat banyak jenis masakan panas dan goreng di sini. Anda boleh memesan apa saja jenis nasi goreng yang anda inginkan dengan harga dalam linkungan RM6-RM10. Senang cakap sesiapa yang memang lapar teruk tu boleh datang sini untuk makan dan kenyang berhari-hari. Hahaha…

Alamat: 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 5pm – 12am (setiap hari)
No. Telefon: 018-664 6513

Big thumb 3adbBig thumb fdeb

 

5. Pecel Lele Padang Jawa

Selain Nasi Bukit, Padang Jawa juga ada sebuah lagi gerai yang menawarkan makanan indonesia yang sedap dan murah. Kedai makan Pecel Lele Padang Jawa bukanlah lagi sesuatu yang baru buat penduduk di kawasan Shah Alam ini. Servisnya yang cepat dan layanannya yang baik adalah salah satu faktor yang menarik ramai orang untuk makan di sini.

Yang paling best anda boleh mencedok nasi anda sendiri mengikut kuantiti yang anda mahukan tetapi harganya tetap sama. Rasa ayam penyet, keli dan daging di sini juga sangat sedap. Ditambah pula dengan sambal pedas hijau pastinya akan membuatkan anda tak berhenti untuk makan. Harga hidangan untuk pecal ayam ialah RM4.50 dan pecel lele RM5.50. Selain itu, gerai ini juga ada menyediakan makanan panas yang lain. Ha anda tengoklah sendiri pada gambar menu di bawah.

Alamat: Lot 617 Jalan Berangan Padang Jawa, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 11am – 12am (setiap hari)
No. Telefon: 013-636 9781

Big thumb 71ac

Big thumb cb8f

 

 

6. Umi Nasi Paku Ayam Kampung, Seksyen 26

Kalau anda inginkan masakan kampung, restoran ini adalah restoran yang tepat buat anda kerana ia menyediakan banyak hidangan kampung yang sedap dan asli. Bagaimanapun, masakan kampung di sini lebih kepada Kelantan style contohnya Nasi Berlauk Ayam Gulai, Nasi Berlauk Ikan Gulai, Nasi Berlauk Ayam Cincang, Nasi Kerabu Golok Ayam Bakar dan banyak lagi.

Harga hidangan adalah sekitar RM5.50 – RM7. Selain itu, mereka juga ada menghidangkan Nasi Kambing Bakar yang hanya berharga RM9. Serius murah! Buat anda yang sukakan kerang, pastikan anda mencuba kerang bakar yang dijual di sini. Pasti tidak menghampakan.

Alamat: No 18,Jalan Serendah 26/40, Kawasan Perindustrian HICOM, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 10.30am -10.30pm (setiap hari)
No. Telefon: 013-915 5593.
Big thumb c6adBig thumb 1610Big thumb 91e2Big thumb b2ec

 

7. Eat & Repeat, Seksyen 7

Apa yang anda fikir jika anda hanya ada RM2 saja dalam tangan? Anda mesti tertanya-tanya mahu makan di mana. Betul tak? Pada kami ini syurga buat para pelajar kerana segala makanan yang dihidangkan di sini hanyalah berharga RM1.90 semangkuk.

Dah lah murah banyak pula tu pilihan makanan. Kebanyakan mereka yang sudah sampai di sini memberitahu mereka pasti akan makan lebih dari satu magkuk kerana sangat murah dan sedap. Katakan apa saja yang anda mahukan. Mee? Nasi Lemak? Soto? Nasi Goreng? Nasi Putih? Semuanya ada!

Alamat: Jalan Plumbum Z 7/Z, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 11am – 11pm
No. Telefon: 011-2182 4503

Big thumb 5c99

Big thumb 71f2

Big thumb 7b85

 

8. Cik Mak Pak Hang, Junction 11

Last but not least, buat penggemar makanan western, jika anda ke Shah Alam anda wajib untuk cuba makanan di restoran Cik Mak Pak Hang ini. Segala jenis makanan western ada dijual dan berdasarkan review yang kami baca, rata-rata pelanggan berasa puas makan di sini.

Set paling popular di sini ialah set The @ELMIELMO yang biasanya dijual dengan harga RM30. Buat wanita pula anda sangat bertuah kerana anda boleh menikmati set besar ini dengan harga RM24 pada setiap hari Selasa.

Apa ada dalam Set The @ELMIELMO ini?

– Mac N Cheese (BEST SELLER)
– Meatballs 10 pcs
– Chilli Cheese Fries
– Hot Wings (SANGAT PEDAS)

Alamat: Jalan Wau 11/1, Junction 11, Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: 8pm – 12am (setiap hari)
No. Telefon: 012-2710040

 

Okaylah, tugas admin dalam membantu anda menyelesaikan soalan paling susah di dunia iaitu “nak makan ape?” telah pun selesai. Rasa macam diri ni superhero la pulak. Lepas ni jangan risau bila krisis tengah bulan melanda sebab semua kedai yang admin share ni memang murah harganya. Selamat menjamu selera!!

 

Kepada penggemar popia, apa kata anda cuba Popia Legend SS Ali Original. Lihat review kami disini




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply