Khairy Tempelak Lokman Pulakk – EscaBytes
Connect with us

Politik

Khairy Tempelak Lokman Pulakk

Published

on

Khairy
Sumber: Free Malaysia Today
Share the News!

Selepas Najib Razak ditempelak Khairy Jamaluddin, hari ini giliran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pula menerima nasib sama ditempelak Ahli Parlimen Rembau itu.

Tetapi kali ini, Khairy mengingatkan Lokman perkara pertama akan dilakukannya sekiranya menjadi Presiden UMNO adalah memecat beliau kerana mempunyai tahap kepintaran yang rendah.




“IQ of a carrot”

“You better pray I Don’t become President of UMNO. First Thing I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot”
Maksud Khairy ialah (Lebih baik anda berdoa saya tidak menjadi Presiden UMNO. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah memecat anda kerana mempunyai IQ yang rendah).

Meroyan seperti orang datang bulan

Lokman dalam tulisannya di sebuah portal berita hari ini menyifatkan bekas ketua pemuda UMNO itu “meroyan seperti orang datang bulan” merujuk pada tindakannya yang menemplak Najib semalam.

Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) semalam menempelak kenyataan Najib, bahawa kekalahan (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).

BN Tewas Kerana 1MDB

Beliau menyatakan BN tewas pada PRU-14 akibat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)

Berhenti Bermimpi Jadi Presiden

Lokman dalam tulisannya itu berkata beliau tidak pasti apakah masalah Khairy. Katanya Khairy meroyan seperti orang datang bulan apabila mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB.




“Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menuding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi Presiden UMNO”

KJ Kena Sindir Dengan Lokman

Lokman pula sindir Khairy untuk nilai semua aktivitnya itu samada jadi model sambilan itu berjaya atau tidak menarik minat orang muda untuk menyokong BN.

“Sepatutnya, selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN,” 

 

Macam-macam la korang ni. Elok la tu bergaduh sama sendiri. Sepatutnya berganding bahu sama-sama selesaikan masalah dan bekerja keras untuk meraih semula kepercayaan rakyat.

Najib Razak Salah Kutipan PTPTN Berkurang?Berita penuh disini

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply