Selera
KitKat Teh Tarik: Perisa Sensasi Terbaru Pasaran Malaysia
KitKat Teh Tarik atau Teh Susu menjadi sensasi netizen dengan perisa terbaru yang amat sinonim dan dekat dengan rakyat Malaysia. Kit Kat adalah konfeksi wafer dalam bentuk jejari yang dibungkus coklat dengan pembalut merah. Ia dibuat dan diedarkan oleh Nestlé untuk pasaran dunia.
Siapa yang tidak suka minum teh tarik? Pergi sahaja ke kedai mamak, pasti minuman teh tarik menjadi salah satu minuman kegemaran. Buih dari kesan teh yang ‘tarik’ cukup untuk membuatkan kita terliur. Ia juga turut disajikan bersama ais menjadikan ia teh ais ikat tepi! Kaw kaw sedap!
KitKat mencipta rasa Duo Milk Tea untuk pasaran Malaysia an Singapura. Ia boleh didapati secara eksklusif di pasaraya Giant dan Petronas Mesra di seluruh negara. Pastinya peminat coklat tidak akan melepaskan peluang untuk merasa KitKat Teh Tarik ini.
Dikatakan ramai yang sudah mendapatkan Kitkat Teh Tarik ini. Malah ada yang berebut-rebut sehingga KitKat perasa ini kehabisan stok. Ibarat pecah panggung Hantu Kak Limah! Diharapkan tiada insiden yang tidak menyenangkan berlaku.
Sumber Says
You must be logged in to post a comment Login