Viral
Lamaran Kahwin Paling Rare di AFF Suzuki!!!

Tahniah diucapkan kepada team Malaysia!!!! Pasukan bola sepak negara berjaya menundukkan Myanmar 3-0 dalam aksi final Kumpulan A Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil, semalam. Terkedu la coach Myanmar nampak gayanya.
Semestinya sorakan kegembiraan rakyat Malaysia dan para pemain bergema di seluruh stadium meraikan kemenangan itu.
Lamaran Kahwin Depan Ribuan Penonton
Semasa permainan berhenti rehat pada separuh masa, ada surprise untuk seluruh stadium bila sebuah lamaran perkahwinan telah dibuat di hadapan ribuan penonton.
Shinna, Gadis Bertuah SETUJU!!
Lamaran yang dipaparkan di scoreboard stadium terus buat stadium kecoh! Lagi kecoh bila gadis bertuah yang dilamar itu, Shinna bersetuju menerima lamaran itu. Untunglahh…
Malaysia 2-0 up at the break but more importantly for this fan, she said yes!!!!How’s that for half-time entertainment? #AFFSuzukiCup18 #MASvMYA pic.twitter.com/w9acVxXd86
— Matthew Mohan (@MatthewMohanCNA) November 24, 2018
Wow, memang hebat bro ni sebab berani melamar depan penonton di stadium.
Skill Melamar Paling ‘rare’
Ramai netizen yang tengok lamaran ni pun sama-sama excited untuk diorang. Ye la, cara lamaran kahwin ni jarang-jarang kita nampak kat Malaysia.
Kepada Shinna, kahwinilah dia. He’s a… keeper. 😉 #HarimauMalaya #MASvMYA #AFFSuzukiCup18 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/k5djngbsq6
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 24, 2018
Pengguna laman sosial juga berkongsi video saat lelaki berkenaan melutut dan melamar gadis bertuah itu, malah video yang sama juga dikongsi oleh laman Facebook rasmi AFF Suzuki Cup.
Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan itu dikelilingi keluarga dan si jejaka turut membawa bunting yang tertulis ‘Let’s Get Married Lah’.
Disaksikan ratusan penonton, gadis itu dilihat menyeka air mata kegembiraan dan memberikan jawapan ‘ya’, sebelum disarungkan cincin.
Identiti pasangan sweet ini masih belum dikenal pasti. Tetapi siapa pun anda, tahniah dan selamat berbahagia dari Escabytes!!
Berita panas: Gempar: Rusuhan di Kuil USJ, Bukan Isu Perkauman!

You must be logged in to post a comment Login