Larangan Merokok: Restoran Terbuka Termasuk Parlimen – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Larangan Merokok: Restoran Terbuka Termasuk Parlimen

Published

on

larangan merokok
Share the News!

Mulai Disember ini, semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Ya, ini bukan cobaan tapi kenyataan. Kepada para perokok, berita ini mungkin akan membuatkan anda kurang selesa.

larangan merokok

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbinca­ngan de­ngan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan. Menurut beliau juga, ia sebagai  inisia­tif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan mero­kok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih lagi di peringkat cadangan dan dalam proses perbinca­ngan pihak kementerian de­ngan beberapa pihak berkepentingan. Dr. Lee berharap agar perkara ini disokong oleh semua pihak sebagai usaha mewujudkan persekitaran yang sihat untuk masyarakat awam.

Sekiranya terdapat individu yang engkar dengan peraturan ini, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Ujar beliau lagi, selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik me­rokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok

Merujuk kepada Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

larangan merokok batman

Sehingga 2018, terdapat lima negeri yang mewartakan peraturan itu dan kementerian komited mewartakan semua tempat awam sebagai kawasan larangan me­rokok. Lepas ni susahlah nak lepak2 dengan Batman. Kalau takde tempat nk merokok memang tak datang la si Batman ni jawabnye.

 

Untuk mengetahui berita mengenai SUV pertama PROTON, klik disini

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply