Hiburan
Larissa Ping Dinobat Miss World Malaysia 2018

Larissa Ping dinobat sebagai Miss World Malaysia 2018. Beliau akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 2018 di Sanya, China pada 8 Disember 2018. Tugas berat bakal dipikul gadis ini yang baru sahaja berumur 19 tahun. Tempat kedua dan ketiga pertandingan dimenangi oleh Naomi Sim, 26, juga dari Sarawak, dan Shennon Jade, 24, dari Kuala Lumpur.
Berasal dari Sarawak, beliau menewaskan 11 finalis lain untuk gelaran, mahkota, trofi, wang tunai RM30,000 dan hadiah-hadiah yang lain.
Beliau juga memegang peranan sebagai Duta Pelancongan Sarawak untuk 2019, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. “Saya yakin melalui acara berprestij ini, anda akan dapat membantu mempromosikan negeri Sarawak di peringkat antarabangsa, dan pada masa yang sama menggalakkan eko-pelancongan di negara ini,” katanya kepada Ping pada majlis itu kepada Bernama.
Miss World Malaysia 2018, yang bertemakan ‘Kecantikan dengan Tujuan’, diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, ramai tetamu hadir termasuk Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Semoga beliau berjaya dalam Final Miss World nanti dengan membawa nama Malaysia kemata dunia.
Lihat juga Timbalan Menteri Pecat Pegawai Skodeng ‘Bawah’ Skirt Amoi
Sumber NSTP

You must be logged in to post a comment Login