Lelaki India Hina Melayu Di Media Sosial Ditahan – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Lelaki India Hina Melayu Di Media Sosial Ditahan

Published

on

Lelaki India
Share the News!

Seorang lelaki India berusia 24 tahun telah ditahan di Johor Bahru awal pagi Ahad baru-baru ini gara-gara membuat rakaman video yang menyinggung perasaan umat Islam khususnya orang Melayu.

Lelaki terbabit telah membuat sebuah klip video berdurasi 2 minit 35 saat yang ‘membahaskan’ tentang ketidakpuasan hatinya terhadap Melayu dan Islam. Walau bagaimanapun, selepas mendapat kecaman dari pihak netizen sehingga ada yang memintanya memohon maaf secara terbuka, akhirnya lelaki ini memuatnaik lagi sebuah video untuk memberi penjelasan dan juga memohon maaf.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menerima laporan tentang video yang tular di media sosial itu pada Khamis lalu. Pihaknya telah mengambil tindakan atas laporan tersebut.

“Semakan mendapati, lelaki yang tidak memiliki rekod jenayah itu berasal dari Kedah,” katanya.

Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan dan lelaki tersebut kini direman empat hari sehingga Rabu depan. Menurut beliau, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

 

Lihat juga berita mengenai Guan Eng Terlepas Tuduhan Rasuah




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply