Lim Teong Kim Tak Jadi Dipecat Pulak – EscaBytes
Connect with us

Sukan

Lim Teong Kim Tak Jadi Dipecat Pulak

Published

on

Lim Teong Kim
Share the News!

Lim Teong Kim masih lagi kekal jawatannya sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Ia disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Syed Saddiq menjelaskan akan menilai semula pakej gaji RM175,000 sebulan tanpa cukai dibayar kepada Lim Teong Kim di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP). Katanya, tindakan itu bukan bermaksud mempersoalkan kelayakan bekas jurulatih skuad muda Bayen Munich itu menerima jumlah gaji yang dianggap tinggi bagi menguruskan skuad bawah 16 (B-16) tahun negara.




Syed Saddiq menjelaskan rakyat perlu tahu bahawa sebelum ini 80 peratus daripada gaji beliau dibayar oleh penaja tetapi sejak dua tahun lalu, MSN (Majlis Sukan Negara) menanggung semua pembayaran itu selepas penaja menarik diri. Tanggungjawab MSN kepada sukan lain akan turut terjejas.

Beliau juga menerangkan mengenai FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memecat Lim Teong Kim sebagai jurulatih skuad B-16 tahun. Katanya ia tiada kaitan dengan NFDP dan beliau masih Pengarah Akademi Bolasepak Negara yang sah di bawah NFDP sehingga kini.

Syed Saddiq memberitahu pihaknya masih mahukan Teong Kim terus menerajui NFDP dengan kepakaran yang beliau ada. Walau bagaimanapun, situasi kewangan yang ada pada MSN ketika ini tidak mampu untuk menanggung pakej (gaji) yang sama.

Kedudukan Lim Teong Kim sebagai Pengarah AMD menjadi tanda tanya selepas skuad B-16 gagal mencapai sasaran mara ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan apabila tersingkir di peringkat kumpulan pada Kejohanan B-16 AFC. Paling menjadi isu panas apabila pengumuman Syed Saddiq mengenai gaji bulanan diterima Teong Kim.




Tambah pula apabila Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menyifatkan tiada jurulatih skuad muda di dunia ini mendapat gaji seperti diterima Lim Teong Kim.

Menerusi kenyataan sama, Syed Saddiq menjelaskan penilaian semula akan dilakukan bukan saja terhadap gaji pengurusan NFDP, tetapi akan merangkumi semua aspek termasuk pertandingan dan perbelanjaan alatan.

“Berkenaan bajet tahunan dari kerajaan untuk program NFDP, saya akan berbincang dengan rakan sejawat dari Kementerian Kewangan untuk mengambil kira keperluan peruntukan sesuai dan munasabah bagi terus membantu membangunkan bola sepak di peringkat pembangunan akar umbi,” jelas Syed Saddiq.

Diharapkan selepas ini menteri budak berfikir dulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Nama program pun dah Pembangunan Bola Sepak Negara. Ia mengambil jangka masa yang panjang untuk kita nampak hasilnya. Bukan serta-merta boleh menang Piala Dunia. Aihhh, sebelum ni pandai pulak guna pepatah “tak kan kahwin hari ni esok dah beranak” tapi bila isu ni lain pulak jadinya.




 

Berita berkaitan: Jurulatih Skuad Negara B-16 Dipecat

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply