Lima Sahabat Maut Dalam Kebakaran – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Lima Sahabat Maut Dalam Kebakaran

Published

on

lima sahabat

Lima sahabat meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Puncak Jelapang Maju, Jelapang, Ipoh. Kejadian yang berlaku kira-kira 1.55 tengah hari, semalam itu telah menyebabkan 40 peratus premis berkenaan terbakar sebelum bomba tiba.

Kesemua keluarga mangsa telah bersetuju untuk mengebumikan dalam satu liang lahad yang sama. Memandangkan mereka sudah berkawan sejak dari kecil lagi dan hubungan lima sahabat ini sudah bagaikan adik-beradik.




Bahan letupan dalam premis?

lima sahabat

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman menemui kesemua mayat lima sahabat itu rentung di bahagian atas rumah kedai itu. Berdasarkan hasil siasatan awal mendapati mendapati premis ini tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan bahan letupan.

Polis sedang menyiasat bagaimana boleh ada bahan letupan di dalam premis itu kerana ia tidak dilesenkan sebagai tempat simpanan, jika kedai sebelah yang tertera pakar bahan letupan itu, ia memang dilesenkan.

Sebab itu polis sedang menyiasat bagaimana ia boleh disimpan di premis ini. Jika pemilik premis sebelah dan premis ini sama pun, bahan letupan tidak boleh disimpan di lokasi lain dan perlu disimpan di lokasi sama.

Saya tengok dia, dia tengok saya

lima sahabat

Dalam insiden itu, kesemua mangsa yang terbabit berusia 16 hingga 19 tahun. Mereka bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.

Mereka dikenali sebagai Ikram Mohd Husni, Nuraiman Abdul Rahman, Ekmal Izzuddin, Ahmad Faizal Aminuddin dan Azhar Shah Rosli. Mereka dilaporkan rentung dan polis memaklumkan identiti kesemua mangsa dikenal pasti dan disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut Aminuddin Tan, ayah kepada Ahmad Faizal berkata anaknya itu telah memaklumkan kepadanya yang dia tidak dapat menonton bola sepak kerana terpaksa bekerja pada malam tersebut.




Kali terakhir saya jumpa anak saya pagi tadi kira-kira jam 8 pagi, dia tengok saya, saya tengok dia dengan pandangan kosong tetapi tidak bercakap apa-apa antara kami.

Saya sepatutnya kerja tetapi sepanjang hari saya tidak bekerja kerana rasa tidak sedap hati. Pandangan terakhir anak saya berulang-kali bermain di fikiran.

Saya tidak tahu dia bekerja

lima sahabat

Sementara itu, ayah kepada mangsa Nuraiman, Abdul Rahman Bahak tidak menyangka anaknya itu akan pergi terlebih dahulu. Namun, dia sempat menghantar ayahnya ke tempat kerja.

Dia memang mahu bekerja sambilan sebab mahu tolong saya dan maknya. Pagi tadi, ketika dia hantar saya ke tempat kerja, saya ingatkan dia supaya pulang awal namun tidak sangka dia terus ‘tidak pulang’.

Mohd Kamari Talib, ayah kepada mangsa Ekmal Izzuddin pula kongsi momen terakhir bersama anak lelakinya itu sebelum dia ke tempat kerja.

Kami sempat bersarapan roti canai bersama sebelum anak saya itu keluar membonceng motosikal rakannya dan hanya memberitahu ingin memasang khemah.

Saya tidak tahu dia bekerja kerana dia masih bersekolah dan tahun depan akan ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia ada beritahu ingin kumpul wang untuk ambil lesen motosikal selepas ulang tahun kelahirannya pada 29 November lalu di mana wang yang terkumpul sekarang sebanyak RM140.

Umpama adik-beradik

lima sahabat

Jenazah lima sahabat ini akan dikebumikan dalam satu liang lahad atas persetujuan ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan mereka telah terjalin sejak kecil lagi. Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak mengakui hubungan mereka tidak ubah seperti adik beradik.

Kemana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad.

Proses mengenalpasti kesemua mangsa agar sedikit sukar kerana memerlukan beberapa dokumen termasuk laporan perubatan dan pergigian bagi mengesahkan identiti masing-maisng. Pihak keluarga semua mangsa berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan urusan pengkebumian dijalankan.




Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun. Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA. Kami semua cuma harap selesai cepat dan dapat kebumi seboleh-bolehnya tengah hari ini.

Sumber: Sinar Harian

 

Lihat juga pautan mengenai Dr Mahathir: Malaysia dan Singapura Seperti Kembar

Politik

Pakatan Harapan Sudah Lemah! – Pakar

Published

on

By

“PAKATAN Harapan (PH) kini sudah lemah berikutan perselisihan sesama mereka kerana sudah tiada musuh bersama iaitu Barisan Nasional (BN),” kata firma penyelidikan, Fitch Solutions Macro Research (Fitch Solution).

Diramalkan populariti Pakatan Harapan yang dianggotai oleh empat parti iaitu DAP, BERSATU, PKR dan AMANAH akan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia berikutan dasar-dasar yang tidak disenangi rakyat diamalkan dan perbalahan dalam gabungan itu sendiri.




Selepas BN digulingkan oleh Pakatan Harapan, hubungan sesama parti komponen menjadi semakin lemah berikutan tiada lagi seteru bersama untuk mengalihkan perhatian perselisihan sesama mereka.

Harus diingatkan juga, akhir-akhir ini Dato Seri Najib Razak sering membuat troll melalui laman Facebook miliknya. Pakatan Harapan dilihat tidak mengendahkan posting yang secara sinis menghentam mereka. Juga hampir tiada kenyataan defensif yang dikeluarkan.

“Pandangan Fitch Solution bahawa PH mengalami risiko penurunan dalam popularitinya kerana tiga sebab iaitu pengundi semakin berpendapat bahawa kerajaan tidak membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Kedua, gabungan pakatan itu berulang kali menunjukkan perpecahan dalam kalangan mereka dan ketiga adalah kekecewaan para pengundi dengan idea bahawa kerajaan PH akan membawa Malaysia Baharu dengan kesaksamaan kaum yang lebih tinggi,” kata firma itu dalam kenyataan hari ini.




Sementara itu, dalam nota penyelidikannya, Fitch Solutions berkata, parti-parti komponen khususnya DAP berasakan perlunya memangku jawatan yang lebih tinggi untuk mempertahankan sokongan minoriti.

Katanya lagi, perkara berkenaan hanya akan menjurus kepada perpecahan dalam kerajaan sebelum jangka hayatnya pada tahun 2023.

Firma itu menegaskan, masalah menjadi lebih buruk apabila sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan untuk melaksanakan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

“Dengan politik perkauman dan agama semakin rancak, rakyat Malaysia juga kehilangan keyakinan terhadap janji-janji untuk membawa negara ke arah Malaysia Baharu dengan kesamaan yang lebih besar,” katanya.




Dalam pada itu Fitch Solution mengekalkan Skor Risiko Politik Jangka Pendek Malaysia kepada 72.5 peratus dengan proses membuat dasar dan polisi berterusan sebagai subkomponen paling lemah, masing-masing sebanyak 68.3 dan 67.5.

Katanya, ketika PH mengambil alih kerajaan pada Mei lalu, rakyat Malaysia tidak kisah untuk menerima apa juga alasan kerajaan apabila tidak mampu merealisasikan janji-janjinya termasuk menghapuskan tol di seluruh negara.

“Namun, apabila banyak janji-janji dimungkiri, kesabaran rakyat semakin menipis. Keadaan semakin parah apabila PH menerima pakai dasar pentadbiran BN yang sebelum ini dijadikan bahan serangan mereka, tetapi kini bertindak mempertahankannya dengan justifikasi yang lemah,” katanya.

Justeru, katanya, senario itu membolehkan BN menunjukkan kefahaman yang jelas dalam tindakan mereka dan menyumbang kepada kebangkitan semula populariti Datuk Seri Najib Razak.




Bekas Perdana Menteri itu adalah faktor utama penolakan terhadap BN dalam Pilihan Raya Umum lalu sebaliknya kini sudah menikmati kebangkitan semula dengan menggunakan keputusan, ucapan, dan tindakan pemimpin dan menteri PH.

Lihat Juga Makanan Rare di Malaysia

Sumber: HMetro

Continue Reading

Hiburan

Ed Sheeran Datang Malaysia Lagi!

Published

on

By

Menurut sumber, Ed Sheeran akan datang ke Malaysia sekali lagi konsert solonya 2019, ia akan menjadi salah satu konsert terbesar tahun ini. Peminat-peminat beliau di Malaysia pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert tersebut.

Ed Sheeran yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Axiata Arena di Bukit Jalil pada 2017. Untuk 13 April 2019 ini, beliau akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti penonton yang lebih besar.




Persembahan di Kuala Lumpur ini adalah antara siri jelajah Ed Sheeran untuk Asia 2019. Beliau juga bakal beraksi di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Sama seperti yang sebelumnya, konsert yang akan datang ini adalah sebahagian daripada Divide Tour. Tiket untuk konsert ini di Kuala Lumpur akan dijual pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 15 Januari 2019 melalui prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Lihat juga: Hannah Delisha pelakon dambaan netizen

Sumber: Star




Continue Reading

Politik

Mohd Sabu: Saya Tidak Akan Melindungi (dia) Daripada Undang-undang

Published

on

By

Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menegaskan beliau tidak akan melindungi anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, yang ditahan kerana positif ganja baru-baru ini daripada undang-undang. “Tidak ada masalah, itu kita serah kepada undang-undang. Saya tidak akan melindungi (dia) daripada undang-undang. Saya serah kepada pihak polis.”

“Macam anak orang lain juga, tiada yang istimewa. Kami menteri sekarang bukan nak lindungi anak-anak,” katanya. Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya berhubung isu penangkapan anaknya itu, sama ada ia akan menjejas peluang Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.




Katanya, isu itu tidak akan menjadi liabiliti untuk PH meraih kemenangan dalam PRK 26 Jan nanti. Tambahnya lagi, tidak ada masalah bagi jentera PH untuk memenangi hati dan peratusan undi pengundi, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang disandang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Ditanya mengenai keyakinan pengundi di Felda Sungai Koyan akan menyokong PH, Mohamad yakin kawasan itu akan menyaksikan peratusan tinggi undi berikutan peti undi di kawasan itu mencatat kemenangan tipis iaitu 44 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Kita akan tumpu dari rumah ke rumah kerana kita yakin isu yang akan mereka (pembangkang) mainkan adalah isu perkauman yang kita tahu banyak yang tak betul,” katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bahawa kemenangan calon MIC Datuk C. Sivarrajh dalam PRU14 adalah terbatal.




Lihat Juga: Tarif Air Dijangka Naik!!

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes