Makanan Rare Pilihan Orang Malaysia!! – EscaBytes
Connect with us

Selera

Makanan Rare Pilihan Orang Malaysia!!

Published

on

makanan rare
Share the News!

Memang dah jadi kebiasaan orang Malaysia kalau ade makanan rare atau viral. Sekali viral je sesuatu tempat makan tu mesti kompem ramai yang sanggup beratur panjang. Silap-silap korang pun pernah buat kan?Kebanyakan rakyat Malaysia ni memang kreatif bak kata Tuan Penasihat 20%, otak geliga. Tak hairanlah kalau ada banyak makanan dengan bahan-bahan yang korang tak pernah terfikir dijadikan sajian. Paling memeranjatkan bila hidangan ni sedap pulak kena dengan tekak! Maka admin dengan berbesar hati menyenaraikan 5 makanan dengan bahan yang rare tapi sedap. Selamat mencuba gaiss!!!

1. Kaki Ayam

makanan rare

Kepada peminat tegar kaki ayam, ia memang sedap jika dimasak sup, goreng, sambal atau kari untuk dicicah dengan roti canai. Tapi bagi korang yang tidak menggemari kaki ayam ni, korang mesti rasa pelik dengan penggemar kaki ayam ni.




Nampak macam pelik je kan tapi kalau korang nak tau kaki ayam ni mempunyai banyak khasiat tau. Khas buat wanita, ia mempunyai kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit. Bukan tu je, kaki ayam ni juga baik untuk membendung sendi tulang yang rapuh. Maka, lepas ni kalau pergi makan roti canai jangan lupa pesan kaki ayam sekali. Deyy mamak, kaki ayam ikat tepi satu!!!

2. Sup torpedo

makanan rare

Nama samaran diberi ialah torpedo. Nama sebenarnya ialah zakar lembu. Siapa yang suka lepak mamak mesti tau yang sup torpedo ni merupakan antara juadah wajib kat kedai mamak.

Sup ni memang betul-betul berkhasiat buat kaum lelaki. Ia dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki. Tapi tak la sahih ke tak. Korang kenalah cuba sendiri kat kedai mamak.

3. Semua nak bedal dengan cheesee

makanan rare

Trend makan dengan cheese ni bermula tahun 2016, apabila pisang goreng crispy dihidangkan dengan hirisan cheese. Lepas je viral pasal pisang tu, habis semua hidangan dorang nak bubuh cheese sebagai penambah selera.




Macam la makanan ada cheese sekarang. Antaranya ayam goreng cheese, nasi goreng cheese, murtabak cheese, nan cheese dan yang terbaru minuman milo turut ditambah cheese. Euuuwww…what you talking bout!!!

4. Ayam Goreng KFC bersalut parmesan dan truffle

makanan rare

Baru-baru ni KFC buat kita kecewa dengan menaikkan harga dorang. Tapi takpelah. Bertabahlah menghadapi liku-liku kehidupan. Walau bagaimanapun, KFC mengubati luka pelanggannya dengan perkenalkan KFC Parmesan Truffle Crunch.

Ayam goreng Hot and Spicy tu dihidangkan dengan sos  parmesan  truffle dengan hirisan keju parmesan. Pada korang yang tak pernah cuba, baik korang serbu KFC cepat sebab hidangan ni untuk waktu yang terhad je tau!

5. Telur asin dalam pencuci mulut

makanan rare

Last but not least bak kata omputeh, telur asin atau salted egg semakin digemari rakyat Malaysia. Kalau dulu korang makan salted egg ni dengan nasi kerabu. Tapi sekarang salted egg ni dah melalui proses inovasi tahap dewa dengan disebatikan dalam macam-macam hidangan.




Antara hidangan yang mula popular ialah donut, puding dan ais krim yang dicampur dengan salted egg. Emm.. Sedapnya. Rupanya orang Malaysia ni kreatif sangat kalau bab makanan, patutlah diorang sanggup beratur panjang kalau ada makanan-makanan best ni. Lepas ni beraturlah pulak korang masuk toilet ye…..

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply