Politik
Dr Mahathir: Malaysia dan Singapura Seperti Kembar

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura seperti saudara kembar.
“Malaysia dan Singapura seperti kembar, cuma mungkin saudara kembar yang lebih tua adalah sedikit lebih besar berbanding saudara kembar yang lebih muda.
“Seperti kebanyakan negara, akan ada perbezaan dan ada persaingan di antara kita.
“Bagaimanapun, ia akan membantu kami berkembang dengan lebih pantas,” katanya dalam catatan Facebook pada Khamis (6 Dis).
Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong kerana menerima beliau di Sidang Kemuncak Asean bulan lepas.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan mendakwa kapal-kapal kerajaan Malaysia telah menyerang perairan teritori di Tuas dengan 14 pencerobohan setakat ini.
Dalam satu kenyataan, beliau juga berkata Singapura telah memutuskan untuk melanjutkan Had Pelabuhan Singapura di luar Tuas menerusi Pemberitahuan Maritim dan Pelabuhan Singapura (Had Pelaburan) (Pindaan) 2018.
Lihat juga Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat
Sumber: The Star
Jumlah Lawatan: 0

You must be logged in to post a comment Login