Mat Skodeng Bakal Didakwa Kes Rakam "Bawah" Skirt Amoi – EscaBytes
Connect with us

Semasa

Mat Skodeng Bakal Didakwa Kes Rakam “Bawah” Skirt Amoi

Published

on

mat skodeng
Share the News!

Pendakwaan akan dikenakan ke atas mat skodeng atau bekas pegawai Timbalan Menteri yang merakam bahagian bawah skirt juruoptik di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat sebelum pendakwaan dilakukan.

Datuk Seri Mazlan Lazim selaku Ketua Polis Kuala Lumpur, memberitahu bahawa pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.




Kes skodeng ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Pada 8 September lalu, kecoh apabila media melaporkan video perbuatan keji lelaki itu berdurasi selama 1 minit 46 saat menjadi viral di Facebook.

Wanita yang menjadi mangsa skodeng itu menjelaskan kejadian itu berlaku ketika dia membuat pemeriksaan mata menteri berkenaan.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Azis, lelaki berkenaan mengubah kedudukan kerusi. Kemudian, lelaki itu duduk rapat menghampirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit.

Selepas kejadian itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman memecat serta-merta pegawainya yang dipercayai merakam bahagian bawah skirt juruoptik berkenaan. Azis dalam satu kenyataan berkata, beliau memandang serius kejadian itu yang turut tular di laman sosial.




Habis la kau mat skodeng, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Hehehe…….

 

Berita berkaitan: Timbalan Menteri Pecat Pegawai Skodeng ‘Bawah’ Skirt Amoi

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply