Mata Panda Sangat Tu...Cuba Amalkan Tips Ini – EscaBytes
Connect with us

Gaya Hidup

Mata Panda Sangat Tu…Cuba Amalkan Tips Ini

Published

on

mata panda
Share the News!

Bangun pagi terus bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Bila tengok cermin je…. Aduh!!! Spoil bila tengok mata kita dah jadi iras mata panda. Dah lah nak hadap rutin harian dengan orang ramai, tak kan nak biar lingkaran hitam bawah mata tu jelas kelihatan pulak.

Ada banyak faktor korang dapat mata panda seperti perubahan hormon, genetik atau keturunan, alergi, stress dan banyak lagi. Ia menyebabkan muka korang nampak kusam dan berusia. Agak mustahil untuk dihilangkan dengan serta merta. Jangan khuatir, itu kentut bukan petir. Admin ada kongsikan cara mudah dan murah untuk kurangkannya.




1. Timun

mata panda

Kredit: Wanista.com

Selalu korang tengok dalam movie atau iklan orang tengah relax kat spa dengan hirisan timun kat mata diorang kan. Haa.. ada sebab sebenarnya ia dilakukan macam tu. Timun adalah salah satu sayuran yang berkesan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Selain tu, ia juga boleh merawat mata yang sembab akibat korang tak cukup tidur tu.

Caranya korang ambil seketul timun yang fresh kemudian potong menjadi hirisan-hirisan kecil. Korang perlu sejukkan hirisan timun ni terlebih dahulu selama 30 minit di dalam peti sejuk. Setelah itu, barulah korang boleh letakkan hirisan tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10-20 minit. Kemudian boleh cuci muka macam biasa. Cuba amalkan dua kali sehari dan lihat kesannya.

2. Tomato

mata panda

Kredit: Stoke Travel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tomato merupakan salah satu buah yang berfungsi untuk bleaching kerana ia mengandungi kimia lycopene. Bahan kimia ini juga dipercayai boleh memulihkan kulit yang rosak dengan efektif.

Caranya adalah korang campurkan satu sudu teh jus tomato dan setengah sudu teh jus lemon. Dengan berhati-hati, sapukan campuran tersebut di bawah mata dan urut dengan lembut. Kemudian biar selama 10 minit. Selepas tu boleh cuci dengan air sejuk. Amalkan tips ni dua hari sekali selama 2 ke 3 minggu.




Kalau korang mempunyai kulit sensitif, tambahkan satu sudu teh air mawar atau rose water kepada campuran tadi sebelum memakainya.

3. Kentang

mata panda

Kredit: Amazingy

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kentang mengandungi kanji, enzim dan vitamin C yang menyuburkan kulit di sekeliling mata dan membantu mengurangkan lingkaran hitam. Terdapat dua cara untuk menggunakannya. Yang pertama adalah hiriskan kentang dan letak di atas mata selama 10-20 minit sama seperti cara timun tadi.

Cara kedua adalah sagat kentang sehingga keluar jusnya. Ambil cotton ball atau cotton buds dan basahkan menggunakan jus kentang tadi. Sapukan di bawah mata dan tunggu sehingga kering kira-kira 10 minit. Sesudah tu boleh basuh dengan air sejuk. Tips ni boleh diamalkan sebanyak mana yang boleh dalam seminggu.

4. Minyak semulajadi

mata panda

Kredit: Art Natural

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seperti yang kita tahu, minyak-minyak semulajadi mempunyai pelbagai khasiat yang berguna untuk kulit. Antara minyak yang sesuai untuk mengurangkan mata panda adalah minyak kelapa dara, minyak badam, minyak argan, minyak zaitun, minyak lavender dan minyak castor. Kebanyakan dari minyak-minyak ini mempunyai vitamin untuk melembutkan dan mencerahkan kulit termasuk di bawah mata.




Cara untuk memakainya adalah sapukan salah satu daripada minyak-minyak tadi dengan sedikit pada bawah mata. Sapu dan urut perlahan-lahan supaya minyak diserap ke dalam kulit. Korang boleh jadikan ia sebagai rutin sebelum tidur setiap malam. Bila bangun keesokkannya pasti mata korang lebih segar dan berseri!

5. Uncang teh

mata panda

Kredit: Manoramaonline

Cara yang biasa korang dengar untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata mesti menggunakan uncang teh kan? Memang betul pun ia boleh mengurangkan puffy eyes dan mata panda. Selepas bancuh teh, korang jangan buang dulu uncangnya tau. Lagi bagus kalau gunakan teh hijau.

Sebaliknya korang simpan dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum melekapkannya pada kedua belah mata. Biarkan selama 10 minit sebelum mencucinya. Hasil yang korang akan dapat adalah mata yang segar dan sihat!

6. Rose water

mata panda

Kredit: Salon Spa

Bukan saja harum, tapi air mawar mempunyai antioksida yang membantu menguatkan dan membaikpulih sel-sel kulit muka. Dengan menggunakan cotton ball, rendam dalam air mawar tadi dan pat pat di sekeliling mata. Kemudian urut perlahan-lahan.




Kalau korang rajin amalkan tips ni setiap hari, pasti mata panda korang akan berkurangan. Kulit korang juga akan menjadi lebih lembut dan anjal.

mata panda

Selain dari tips-tips di atas, apa yang korang boleh amalkan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan mata yang sembab ialah menjaga rutin pemakanan harian dan pastikan korang sentiasa mendapat tidur yang cukup. Kurangkan berjaga sehingga lewat malam sebab mata korang akan jadi letih dan tak bermaya pada keesokan harinya.

Selamat mencuba! 🙂

Sumber: ForeoPower of PositivityThe Active TimesReward Me

 

Lihat juga tips kilatkan lampu ‘foglamp’ kereta disini.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply