Renault Megane RS Trophy 2018 – “Pembunuh” Civic Type R? – EscaBytes
Connect with us

Automotif

Renault Megane RS Trophy 2018 – “Pembunuh” Civic Type R?

Published

on

Renault Megane
Sumber dari paultan.org
Share the News!

Tibalah saat yang dinantikan oleh peminat tegar dunia automotif apabila syarikat gergasi automotif daripada Perancis, Renault tampil dengan Megane RS Trophy. Hot-hatch ini telah diberi nafas baru dari segi reka bentuk luaran dan dalaman yang lebih agresif. Malah, ia menghasilkan lebih kuasa daripada model sebelum ini. Jentera ini juga telah diberi senjata baru melalui penambahbaikan pada sistem ekzos sport dan brek selaras dengan kemajuan teknologi dalam dunia automotif.

Renault telah menggunakan Megane RS Cup sebagai asas dan dilengkapi dengan limited-slip differential mekanikal melalui gabungan enjin empat silinder sebaris 1.8 liter yang melonjakkan kuasanya berbanding model terdahulu daripada 276bhp ke 296bhp. Kenaikan sebanyak 20 bhp ini dijana melalui suntikan daripada penggunaan induksi turbocharger jenis ceramic bearing yang lebih responsif, lebih efisien, lebih ringan dan mengurangkan geseran sekaligus menghasilkan kuasa lonjakan yang padu ketika diperlukan.




Kuasa tersebut akan disalurkan ke roda depan melalui kotak gear yang mana memberi pilihan kepada bakal pembeli samada memilih untuk memacu kuasa berkenaan melalui manual enam kelajuan ataupun automatik dwi-klac Eficient Dual Clutch (EDC) daripada Renault. Jika anda merupakan pencinta kelajuan yang sentiasa mahukan lebih kuasa tujahan, kotak gear automatic dwi-klac EDC seharusnya menjadi pilihan kerana tork yang diestrakkan ialah 420Nm berbanding manual enam kelajuan iaitu 400Nm sahaja. Perbezaan 20Nm adalah angka besar bagi mereka yang menjiwai dunia sukan permotoran.

Setakat ini, Renault hanya mengeluarkan anggaran angka bagi Megane RS Trophy transmisi manual enam kelajuan yang mana kereta tersebut mampu memecut dari 0-100km/j sepantas 5.7 saat. Kepantasan ini adalah sama dengan yang dicatatkan oleh Honda Civic Type R yang ketika ini memegang rekod terpantas di Litar Nurburgring bagi versi pacuan roda depan (FWD). Jentera Trophy ini dapat dipacu sehingga kelajuan maksimum mencecah 260km/j.

Dari sudut sistem brek, Megane Trophy ini dipertingkatkan dengan penggunaan cakera berdiameter 355mm oleh Brembo. Ia diperbuat daripada dua bahan berasingan yang mana memberi pengurangan sebanyak 1.8kg bagi setiap cakera. Kesannya, anda akan dapat merasai daya pemberhentian yang lebih berkesan ketika digunakan bagi tujuan berat di litar.

Versi Trophy ini didatangkan dengan dua pilihan rim yang disajikan kepada pelanggan untuk memilih mengikut citarasa masing-masing iaitu rim standard ‘Jerez’ bersaiz 19-inci bersama tayar Bridgestone Potenza dan rim 19-inci ‘Fuji Light’ yang mempunyai berat 2kg lebih ringan disaluti tayar Potenza S007 yang memberi lebih cengkaman ketika di selekoh.




Kabin jentera ini pula dihiasi dengan kemasan Alcantara pada kerusi jenis bucket Recaro dengan ketinggian kerusi yang direndahkan sebanyak 20mm untuk menambah baik posisi memandu – memberi keselesaan dalam mengendali jentera terutama ketika “melayan” selekoh-selekoh. Bahagian luar pula diwarnai dengan ikonik Liquid Yellow Bersama jalur Trophy diikuti bilah yang diilhamkan dari Formula 1.

Hot-hatch ini bakal dibuka untuk tempahan bermula September ini dengan dengan pengedaran pertama yang akan bermula pada penghujung tahun ini. Jika anda belum lagi memiliki sebarang hot-hatch, mungkin inilah jentera yang dinantikan.

 

Lihat juga post mengenai Yamaha YZF-R15

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply