"Mission Impossible" beraksi dalam Running Man – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

“Mission Impossible” beraksi dalam Running Man

Published

on

Share the News!

Running Man??? Sebut sahaja sudah pasti ramai yang mengenali program televisyen realiti paling popular dari Korea Selatan ini. Program ini mula disiarkan pada tahun 2010 sehingga kini yang mana popularitinya semakin meningkat yang mana menampilkan para peserta dari barisan pelakon terkenal dari Korea Selatan seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Ji Suk Jin dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, ada berita telah mengesahkan program ini telah menjemput pelakon-pelakon utama “Mission Impossible: Fallout” iaitu Tom Cruise, Henry Cavill dan Simon Pegg. Kehadiran barisan pelakon terkenal dari Hollywood itu bukan sahaja menjadi berita baik buat peminat program itu saja bahkan para peserta Running Man itu sendiri.




Tom, Henry dan Simon telah dijemput sebagai peserta undangan bagi episod 410 yang dijangka akan disiarkan pada Ahad akan datang. Selebriti terkenal itu juga mengakui bahawa mereka juga amat teruja atas jemputan sebagai peserta undangan bagi program Running Man itu lebih-lebih lagi bagi Henry yang mana ia merupakan pengalaman pertama beliau menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Jemputan ini juga adalah sebahagian daripada kempen promosi filem “Mission Impossible: Fallout” yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 Julai ini.

Running Man merupakan siri televisyen yang membabitkan permainan fizikal berbentuk lasak diselitkan dengan unsur-unsur lawak yang sentiasa menjadi tarikan ramai peminat dari seluruh dunia untuk terus mengikuti program ini.

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply