Mufti Tegur Drama "Isteri Untuk Disewa" – EscaBytes
Connect with us

Hiburan

Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa”

Published

on

mufti

Status Mufti Wilayah Persekutan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook beliau berhubung surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Disewa, Osman Ali telah menarik perhatian netizen. Dalam status itu, beliau memberitahu surat berkenaan ditulis bagi menjawab soalan berhubung isu fiqh dalam drama yang ditonton semalam.

Drama adaptasi Novel ‘Isteri Untuk Disewa’ karya Syamnuriezmil telah mula ditayangkan minggu ini di saluran televisyen berbayar. Drama arahan Osman Ali gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah dikatakan tidak sesuai ekoran hukum menyewa isteri adalah haram.




Menurut mufti, terdapat beberapa nilai yang ditonjolkan dalam drama ini telah membatasi hukum-hakam Islam.

Bukan Atas Dasar Prejudis Terhadap Seni

Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan tegur pengarah drama Isteri Untuk Disewa

Mukadimah

Alhamdulillah, kami rafa’kan segala kesyukuran kepada Allah atas pelbagai nikmat yang tidak terhitung kepada kita termasuklah negara yang aman dan makmur.

Kami mengambil prihatin dan cakna akan lambakan drama yang berkonsepkan santai, isu-isu kekeluargaan dan percintaan mutakhir ini. Secara umumnya sebagai penonton, kita harapkan drama atau filem yang berkualiti dan sarat dengan mesej, setanding dengan hasil seni peringkat antarabangsa.




Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kami memilih “Isteri Untuk Disewa” dan bukan drama-drama lain? Ada beberapa sebab mengapa kami memilih drama ini:

  1. Persoalan daripada mustafti berhubung tajuk drama ini.
  2. Isu fiqh perkahwinan yang wujud dalam drama ini.

Secara umumnya, kami rasakan drama ini baik kerana mengenengahkan satu unsur baru dalam plot yang keluar daripada kebiasaan drama-drama lain yang bertemakan konflik keluarga dan percintaan. Kami sama sekali tidak mempunyai sikap prejudis terhadap seni dan juga anak-anak seni. Ulasan kami ini adalah berdasarkan kepada beberapa babak yang ditayangkan dan menilainya semula dari sudut hukum-hakam.

Tajuk Tak Sesuai

mufti

Pertama: Tentang Tajuk

Kami nyatakan sepertimana berikut:




  • Tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah. Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia samada Islam mahupun bukan Islam.
  • Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai. Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19. Firman Allah SWT

Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

Ibnu Kathir ketika mengulas ayat ini menegaskan bahawa ayat ini memerintahkan untuk memperperhaluskan kata-kata dan memperindahkan perilaku dan sikap, sebagaimana yang kita kehendaki daripada seorang isteri.

  • Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada Hukum Syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat.

Bercanggah Dengan Hukum

Kedua: Implikasi Hukum

  • Dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.
  • Isteri adalah amanah Allah kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.
  • Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang diluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam. Ini sebagaimana kata Imam al-Nawawi berkata: “Nikah mut’ah tidak dibolehkan, kerana pernikahan itu pada dasarnya suatu akad yang bersifat mutlak. Maka tidak sah apabila dibataskan dengan masa.” (Lihat al-Majmu, 17/356). Antara contoh bentuk nikah mut’ah adalah perkahwinan yang dihadkan tempohnya. Contohnya, pengantin lelaki berkata dalam majlis akad nikah, “Saya hanya mahu berkahwin dengan kamu selama seminggu.” Lalu pengantin perempuan menjawab, “Saya terima.”

Mestilah selari dengan agama

Penutup




Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja drama Isteri Untuk Disewa atas kejayaan menarik jutaan penonton bagi menonton drama ini.

Kami menganggap pengarah mungkin terkhilaf dalam menentukan tajuk dan jalan cerita drama tersebut yang khabarnya diadaptasi daripada sebuah novel. Sekali lagi ditegaskan bahawa kami sama sekali tidak berhasrat untuk menyekat kebebasan dan kreativiti dalam berkarya. Namun, seeloknya biarlah ianya selari dengan agama dan budaya ketimuran kita.

Sepertimana yang telah kami nyatakan di hadapan para artis dan selebriti tanahair dalam program “A Night With Mufti” di Istana Budaya pada Ramadhan lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa membuka pintu dan ruang kerjasama dalam memartabatkan industri seni tanahair. “Dinding” antara seni dan agama wajar dipecahkan bagi mengangkat budaya dan faham seni yang berkualiti serta berdaya saing.

Kami amat yakin bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau Lembaga Penapis Filem (LPF) sentiasa memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan drama dan filem yang disiarkan, mencapai standard kualiti dan moral yang terbaik.

Kami mengambil kesempatan memohon maaf atas kenyataan terbuka ini. Maaf sekiranya kenyataan ini mengguris hati mana-mana pihak. Tidak ada langsung secebis rasa benci dan marah melainkan kasih semata-mata. Kami bacakan firman Allah SWT:

Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

(Surah Hud: 88)

Akhukum fillah,

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Khamis 8 November 2018.

 

Lihat juga berita mengenai Tomok ‘Jadi’ Pondan, Netizen Kecewa

Hiburan

Che Ta & Zain Sambut Ulang Tahun Ke 5 Perkahwinan

Published

on

Che Ta

Pasangan sejoli Che Ta atau Rozita Che Wan dan Zain Saidin sama seperti perumpamaan bagai pinang dibelah dua. Pasangan secocok ini diijabkabulkan pada Disember tahun 2013. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Aisyah.

Sempena genap ulangtahun perkahwinan kelima hari ini, ini ucapan sweet Che Ta buat suami tercinta. Paling tak sangka, ketika Che Ta dinobatkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, suami baru darjah 2!




Ulang tahun perkahwinan ke 5

Jadi Miss Malaysia 1992, Zain baru darjah 2

 

Jodoh Ketentuan Allah

 

Semoga pasangan ini sentiasa diberi kebahagiaan dan kejayaan dalam segala apa jua bidang yang diceburi. Tahniah Che Ta dan Zain!!

Sumber : Instagram Rozita Che Wan

 

Lihat juga berita mengenai Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Continue Reading

Hiburan

Hannah Delisha, Pelakon Comel Dambaan Peminat

Published

on

Hannah Delisha

Bintang baru ini sedang menempa nama dalam industri seni tanah air. Hannah Delisha, 22 tahun selain memiliki wajah yang comel, gadis berasal dari Singapura ini juga dikurniakan dengan bakat lakonan yang sangat mantap.

Hannah Delisha

Namanya mula dikenali ramai selepas kemunculan di dalam drama berjudul Mencintaimu Mr. Photographer. Drama itu menyaksikan Hannah bergandingan dengan pelakon sensasi lelaki, Syafiq Kyle yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat.




Ok lah. Tak nak bebel banyak sangat. Jom kita berkenalan dengan pelakon comel molek bernama Hannah Delisha ini.

Hannah Delisha 1

Biodata:
Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Artis: Hannah Delisha
Umur: 22 tahun
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Asal: Singapura
Agama: Islam
Warganegara: Singapura
Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
Adik-Beradik: Mia Delisha
Kerjaya:
Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk

Hannah Delisha

Single Lagu:
Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
Drama: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang

Twitter: twitter.com/hannahdelisha
Facebook: facebook.com/delishafanpage
Instagram: @hannahdelisha




Kerjaya:

Hannah Delisha

Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”. “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2017, Hannah kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

 

Hannah Delisha

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.




Untuk pengetahuan anda, ibunya merupakan penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud.

Hannah juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Hannah Delisha

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14. Ia merupakan satu kejayaan bermakna buatnya apabila menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Bahkan, ia memang tidak disangka-sangkakan Hannah kerana dia hanya berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih sahaja.  Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.




Apa-apa pun, min ucapkan semoga berjaya kepada Hannah dalam setiap apa yang diceburi. Semoga teruskan memberi persembahan yang baik dalam setiap lakonan demi peminat-peminat Hannah. Kalau jumpa min roger-roger…

Nah min belanja sikit suara Hannah mempromosikan single terbarunya, Tak Perlu Kata Apa-Apa…

Mufti Tegur Drama “Isteri Untuk Disewa”. Lihat artikel penuh disini.

Sumber: Instagram

Continue Reading

Hiburan

Zaibo Hembuskan Nafas Terakhir Petang Tadi

Published

on

Zaibo

Selepas enam bulan menderita akibat kanser esofagos, pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu. Berita sedih itu disahkan oleh isterinya Siti Hawa Sawal. Ia merupakan satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang. Menurut Siti Hawa, 52, jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.




Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat. Dia hanya mengetahuinya semasa bulan Ramadan lalu yang mana dia tidak boleh menelan makanan.

Selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kanser. Akhirnya Zaibo mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu. Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie. Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Allahyarham juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.




Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

 

Lihat juga berita mengenai Lagenda Stan Lee (Marvel Comics) Meninggal Dunia

Continue Reading

Trending

'Like' Facebook Page Escabytes