Muhammad Shafee Tetap Teruskan Pembelaan Najib Razak – EscaBytes
Connect with us

Politik

Muhammad Shafee Tetap Teruskan Pembelaan Najib Razak

Published

on

Muhammad Shafee
Share the News!

Peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan beliau akan meneruskan pembelaan kes membabitkan bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 32 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Muhammad Shafee juga memberitahu, Najib memulangkan lebih 90 peratus dana yang dimasukkan ke dalam akaunnya. Katanya, walaupun tidak mengetahui pemilik asal wang berkenaan, beliau tetap memulangkan wang itu kembali kepada akaun pemiliknya.




Tambahnya lagi, selepas pilihan raya bermula Jun, Julai dan Ogos, wang berkenaan sudah mula dikembalikan. Muhammad Shafee berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap anak guamnya adalah terdesak.

Menurut beliau juga, kerajaan PH membawa pertuduhan berkaitan dengan 1MDB hanya kerana terpaksa melaksanakan manifesto pilihan raya.

Najib hari ini tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Bagi 21 pertuduhan lagi, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.




Sebelum ini Najib menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLA 2001 dan empat lagi pertuduhan pindaan berhubung RM42 juta dana SRC International dalam akaun peribadinya.

 

Berita berkaitan: Najib Hadapi 21 Pertuduhan Bernilai RM2.8 Bilion

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply