Semasa
MyCar – Pilihan Terbaik E-Hailing Malaysia!

MyCar adalah perkhidmatan ‘e-hailing’ yang terbaru di Malaysia. Ia dilancarkan pada awal tahun 2018 ini. Pengguna kini sudah mencapai 40,000 pemandu dan 700,000 penumpang. Angka ini bertambah dengan pesat saban hari.
Rentetan daripada pengambilalihan Uber Malaysia oleh Grab Malaysia, perkhidmatan E-Hailing sebelum ini dimonopoli penuh oleh Grab Malaysia. Walaupun terdapat aplikasi yang lain seperti EzCab, JomRides dan Mula, namun ia kurang mendapat sambutan kerana jumlah pesanan penumpang yang sedikit.
Menurut temubual kami bersama seorang pengguna tegar ‘e-hailing’, beliau tidak lagi menggunakan aplikasi Grab selepas kewujudan MyCar. “Saya menggunakan aplikasi e-hailing setiap hari untuk ke pejabat sejak zaman MyTeksi, Uber dan Grab. Secara purata, setakat ini aplikasi ini menawarkan tambang termurah antara semua aplikasi. Pemandu juga semakin ramai dan memudahkan pesanan saya diterima.”
Aplikasi ini boleh dimuatturun melalui ‘Google Play’ untuk pengguna Android dan ‘App Store’ untuk pengguna IOS.
Persaingan ‘e-hailing’ di Malaysia ini diharapkan dapat mengimbangi kadar tambang yang dikenakan terhadap penumpang. Adakah anda pengguna MyCar?
Sumber Facebook MyCar

You must be logged in to post a comment Login