Najib Hadapi 21 Pertuduhan Bernilai RM2.8 Bilion – EscaBytes
Connect with us

Politik

Najib Hadapi 21 Pertuduhan Bernilai RM2.8 Bilion

Published

on

Najib Razak
Share the News!

Polis mengesahkan menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman di Menara KPJ hari ini setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Najib akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.




Bekas Perdana Menteri itu akan menghadapi sebanyak 21 pertuduhan melibatkan sejumlah AS$681 juta (RM2.8 bilion). Daripada pertuduhan tersebut, sembilan dan lima pertuduhan masing-masing membabitkan penerimaan wang haram dan penggunaan wang haram. Manakala tujuh pertuduhan lagi membabitkan pemindahan wang haram ke entiti lain.

Sebelum ini, Najib telah dibawa ke ibu pejabat AMLA untuk merakam percakapannya berhubung siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Kehadiran bekas Perdana Menteri ke ibu pejabat itu bagi membantu siasatan oleh pihak polis yang bekerjasama dengan pasukan penyiasat SPRM berhubung siasatan kes sama.

 

Lihat juga berita mengenai Anifah Aman Keluar Dari UMNO




Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply